NEURALSTEM MENGUMUMKAN PEMBENTANGAN DATA PRAKLINIKAL YANG MENUNJUKKAN KOMPAUN NEUROGENIK NSI-189 MEN
- tuntastinta
- Jul 27, 2018
- 2 min read
Kajian itu menilai kesan rawatan oral menggunakan NSI-189 dalam model mencit 5xFAD yang mantap untuk penyakit Alzheimer (AD)
Rawatan dengan NSI-189 memulihkan penyimpanan memori dan keupayaan pembelajaran dalam mencit AD serta mengurangkan keresahan dalam mencit kawalan dan AD
GERMANTOWN, Md., 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf hari ini mengumumkan pembentangan data di Persidangan Antarabangsa Persatuan Alzheimer di Chicago, Illinois, yang menunjukkan bahawa rawatan NSI-189 oral dalam model mencit Penyakit Alzheimer’s menghasilkan penyembuhan dan/atau kemajuan dalam ukuran kognisi dan keresahan. Keputusan ujian tersebut dibentangkan dalam poster bertajuk ‘Kesan Kompaun Neurogenik NSI-189 Terhadap Indeks Kognisi dan Keresahan dalam Model Mencit (5XFAD) Penyakit Alzheimer’. Kajian tersebut dilakukan oleh makmal Dr. Corinne Jolivalt di University of California, San Diego yang melibatkan pemberian NSI-189 secara oral kepada mencit dengan perubahan gen yang menghasilkan semula gejala penyakit Alzheimer keturunan. Mencit diberi rawatan bermula pada umur 15 minggu apabila kelemahan memori mula muncul. Dapatan penting termasuklah:
Rawatan NSI-189 memperbaiki keupayaan dan penyimpanan pembelajaran dengan signifikan seperti yang diuji melalui tugas ringkas (pagar sesat Barnes) dan meningkatkan prestasi ujian memori jangka pendek (Pengecaman Objek Baharu)
Rawatan NSI-189 meningkatkan pembelajaran motor mencit AD seperti yang diukur mengikut prestasi ujian Rotarod
Rawatan NSI-189 mengurangkan tahap keresahan dalam mencit AD dan kawalan seperti yang ditunjukkan dalam ujian lapangan terbuka
“Data kajian praklinikal ini menunjukkan bahawa NSI-189 mungkin mampu mengurangkan atau membalikkan kesan kognitif penyakit Alzheimer,” kata Corinne Jolivalt, PhD, profesor madya Jabatan Patologi di UC San Diego School of Medicine. “Kami bersedia untuk meneruskan penyiasatan ini untuk menilai potensi NSI-189 dalam merawat penyakit ini dengan lebih lagi.” Perihal penyakit Alzheimer Penyakit Alzheimer ialah gangguan perosotan neuro yang menyebabkan dementia progresif dan penurunan aspek kognitif lain yang boleh mempengaruhi keupayaan seseorang untuk berinteraksi secara sosial atau bekerja. Kini, dianggarkan terdapat 50 juta orang menghidap dementia di seluruh dunia dan bilangan ini dijangka meningkat sebanyak tiga kali ganda menjelang tahun 2050. Jumlah anggaran kos sosial dan ekonomi tahunan dementia untuk seluruh dunia ialah $818 bilion USD dan dijangka mencecah trilion dalam tahun-tahun akan datang. Perihal Neuralstem Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:
NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.
NSI-566 adalah terapi sel stem yang diuji untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).
Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11274
Comments