FORBES TRAVEL GUIDE MENGUMUMKAN STRUKTUR KEPIMPINAN BAHARU UNTUK MENYOKONG PELAN PERLUASAN KE 100 NE
- tuntastinta
- Jul 28, 2018
- 1 min read
ATLANTA, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Forbes Travel Guide, pihak berkuasa global berhubung perjalanan mewah, hari ini mengumumkan satu rancangan untuk meningkatkan secara signifikan syarikat itu daripada menilai dan mengesahkan hospitaliti mewah di 60 buah negara kepada 100 negara menjelang akhir tahun 2019. Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan ini, syarikat itu telah membuat beberapa pelantikan penting dan kenaikan pangkat eksekutif.
Gerard "Jerry" Inzerillo, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Forbes Travel Guide sejak tahun 2014, akan dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi Lembaga Pelancongan Forbes Travel Guide dan seorang pemimpin veteran hospitaliti mewah selama 30 tahun, Filip Boyen, akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Forbes Travel Guide.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11275
Comments