KERAJAAN JEPUN, JAWATANKUASA EKSPO DUNIA JEPUN 2025 MENINGKATKAN AKTIVITI PEMBIDAAN UNTUK MENGANJURK
- tuntastinta
- Aug 1, 2018
- 3 min read
TOKYO, 31 Julai, 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Membawa Sektor Awam-Swasta dan Pokemon Bersama-sama Menjelang Keputusan mengenai Negara Tuan Rumah pada November – Kerajaan Jepun dan Jawatankuasa Ekspo Dunia Jepun 2025 (selepas ini "Jawatankuasa itu") telah menjalankan aktiviti-aktiviti di Jepun dan di luar negara dalam usaha untuk menjadi tuan rumah bagi Ekspo Dunia 2025. Mulai 21 Julai, Jawatankuasa itu mengambil inisiatif untuk memulakan satu kempen berorientasikan acara di mana Pokemon, satu daripada “Duta Khas (Maskot Watak)," meningkatkan aktiviti pembidaan di Pusat Pokemon Mega Tokyo di Ikebukuro dan di tempat lain di Jepun sebagai sebahagian daripada usaha bagi memenangi pembidaan untuk menjadi tuan rumah kepada Ekspo Dunia itu. Foto: Tempat Berkempen https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105049/201807256312/_prw_PI1im_lo8G2q8J.jpg (Video: https://youtu.be/u2_Ra917I-4) Laman web kempen itu "Pokemon EXPO Type Check" telah dilancarkan pada Jun untuk membantu orang ramai menyokong aktiviti pembidaan itu bersama-sama dengan Pokemon, dan "barangan tulen yang memaparkan Pokemon dan pembidaan Ekspo Dunia itu" mula diedarkan dari 21 Julai dalam fasa kedua kempen itu. Di Jepun di mana percutian musim panas sudah bermula, ramai orang, terutamanya kanak-kanak dan orang muda, berduyun-duyun ke 26 Pusat Pokemon/Kedai Pokemon (kemudahan untuk menawarkan maklumat mengenai Pokemon dan menjual barangan bertemakan Pokemon) di seluruh negara setiap hari di mana barangan tulen diedarkan. Pusat Pokemon Mega Tokyo di Ikebukuro, satu daripada tempat kempen, penuh sesak dengan kanak-kanak yang membawa telefon pintar dan peminat Pokemon dari Jepun dan dari luar negara. Bagi "Pokemon EXPO Type Check," setiap pelawat didiagnosis sebagai satu daripada jenis yang ditetapkan selepas menjawab 10 soalan mengenai Pokemon dan Ekspo Dunia itu. Kemudian, setiap pelawat boleh menerima sebuah gambar asal (sijil penyokong) yang diambil bersama dengan Pokemon yang berbeza-beza dari satu jenis kepada jenis lain. Sebanyak 54 Pokemon muncul dalam semak jenis itu, yang membolehkan pengunjung untuk merasa teruja mengenai apa jenis gambar Pokemon yang mereka boleh dapat. Pokemon EXPO Type Check URL https://pokemon-expo2025.jp/ Kempen ini direka untuk membantu orang ramai berseronok-seronok menyokong pembidaan Jepun untuk menjadi tuan rumah bagi Ekspo Dunia itu bersama Pokemon. Malahan, ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi merupakan aktiviti yang mempunyai kepentingan sosial. Sebagai rasionalnya untuk menganjurkan Ekspo Dunia itu, Jepun adalah komited untuk menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Setiap sijil penyokong bagi "Pokemon EXPO Type Check" menyenaraikan hasil diagnosis sebagai satu daripada matlamat itu. Secara ringkasnya, pelawat boleh menyentuh mengenai Ekspo Dunia dan SDG itu melalui Pokemon dan pada masa yang sama berseronok-seronok, membentuk aktiviti-aktiviti pendidikan yang penting mengenai isu sosial bagi generasi muda. Memandangkan tuan rumah bagi Ekspo Dunia itu diputuskan pada November tahun ini, setiap kempen bagi calon negara kini memasuki bahagian akhir. Untuk menyumbang kepada pencapaian SDG itu, Jepun, yang menetapkan tema "Merancang Masyarakat Masa Depan bagi Kehidupan Kita," telah mencetuskan idea untuk menjadikan Ekspo Dunia itu berusaha ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara-negara di dunia dan bukan membangunkannya sendiri. Untuk merealisasikan konsep SDG iaitu "keterangkuman", Jepun sedang melakukan aktiviti pembidaan yang melibatkan bukan sahaja Kerajaan dan golongan perniagaan tetapi juga orang awam, termasuk kanak-kanak dan orang muda. Pokemon, yang popular di kalangan orang muda yang belum pernah merasai sebuah Ekspo Dunia, dan sebuah penghibur terkenal di Jepun telah menjadi "Duta Khas" untuk berfungsi sebagai sebuah jambatan di antara matlamat di peringkat negeri dan kepentingan di peringkat akar umbi. Sekiranya Jepun memenangi pembidaan mereka untuk menjadi tuan rumah bagi Ekspo Dunia itu, ia akan menjadi acara pertama seumpama itu yang akan diadakan di Jepun dalam tempoh 20 tahun sejak Wilayah Aichi menganjurkan Ekspo Dunia 2005. Ekspo Dunia 2025 itu akan menarik perhatian bukan sahaja dari negara-negara jiran tetapi dari seluruh pelusuk dunia dengan bantuan kuasa Pokemon. *Sekiranya sebuah imej Pokemon atau kandungan grafik yang berkaitan digunakan, sila senaraikan kredit berikut. (C) 2018 Pokemon. (C) 1995-2018 Nintendo/ Creatures Inc./ GAME FREAK inc. Logo 1: Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (https://kyodonewsprwire.jp/img/201807256312-O3-eAp67LKF) Logo 2: Logo bagi pencalonan Jepun untuk Ekspo Dunia 2025 https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105049/201807256312/_prw_PI4im_C32ueACf.jpg Sumber: Kerajaan Jepun dan Jawatankuasa Ekspo Dunia Jepun 2025 --BERNAMA
Comments