MFPC, QUIP meterai MoA tingkat industri perancangan kewangan
- tuntastinta
- Aug 4, 2018
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) dan Quest International University Perak (QUIP) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) kearah penyediaan rangka kerja berkaitan pengurusan kekayaan, perbankan dan perancangan kewangan. Kerjasama MFPC dan QUIP turut merangkumi pembangunan modal insan bagi industri kewangan dan penyediaan ramai bakat untuk wilayah utara. Melalui MoA tersebut, MFPC akan mengiktiraf program QUIP yang berhubung kait dengan pengecualian modul profesional tahap satu hingga enam. "Graduan Quest memerlukan satu modul akhir MFPC untuk mendapatkan kelayakan profesional mereka. "Di samping itu, QUIP akan diiktiraf sebagai pembekal pendidikan MFPC untuk menjalankan program profesional di wilayah utara," kata MFPC dalam satu kenyataan, hari ini. Presiden MFPC, Michael Kok berkata: "Kami yakin inisiatif ini akan menghasilkan hasil yang signifikan dan mencapai kejayaan berdasarkan reputasi dan kualiti pendidikan baik yang ditawarkan di Quest International University." Memorandum itu ditandatangani oleh Kok dan Prof Datuk Dr Raman Narayanasamy, Naib Canselor QUIP. -- BERNAMA
Comentários