Penjualan Westinghouse kepada Brookfield selesai
- tuntastinta
- Aug 6, 2018
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Westinghouse Electric Company, peneraju dalam teknologi nuklear, bahan api dan perkhidmatan, hari ini mengumumkan penjualan kepada Brookfield Business Partners L.P. bersama-sama dengan rakan-rakan institusi sebagai syarikat yang disusun semula, telah selesai. "Dengan sokongan Brookfield, Westinghouse akan terus membina legasi mereka sebagai peneraju industri nuklear," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Westinghouse, José Emeterio Gutiérrez dalam satu kenyataan. Beliau berkata penyelesaian urus niaga itu menandakan suatu pencapaian menarik bagi Westinghouse kerana dapat terus mengemudikan transformasi penting yang menempatkan syarikat untuk kejayaan jangka panjang yang berterusan. Syarikat, katanya, memberi tumpuan untuk mengukuhkan perniagaan, memanfaatkan kedudukan globalnya dan terus unggul dalam perkhidmatan pelanggan dan inovasi. Westinghouse adalah syarikat tenaga nuklear perintis dunia dan merupakan pembekal utama bagi produk dan teknologi loji nuklear kepada utiliti di seluruh dunia. Brookfield pula adalah syarikat perkhidmatan perniagaan dan industri yang memberi tumpuan kepada memiliki dan mengendalikan perniagaan berkualiti tinggi yang mendapat manfaat daripada halangan untuk masuk dan/atau kos pengeluaran yang rendah. Ia disenaraikan di Bursa Saham New York dan Toronto. -- BERNAMA
ความคิดเห็น