GRAMINEX® LLC BERJAYA MENCABAR PATEN SERELYS UNTUK PENGGUNAAN EKSTRAK DEBUNGA DI DALAM MERAWAT PMS W
- tuntastinta
- Aug 7, 2018
- 2 min read
DESHLER, Ohio, 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Graminex® LLC dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Pejabat Paten Amerika Syarikat telah menolak paten Serelys untuk menggunakan ekstrak debunga mereka di dalam merawat PMS wanita dan gejala menopaus. Di dalam prosiding semakan semula terhadap Paten Amerika Syarikat 6,569,471 dan 6,669,967, Pejabat Paten Amerika Syarikat baru-baru ini telah menolak kesemua tuntutan bagi kedua-dua paten. Berdasarkan kepada bukti-bukti yang begitu banyak yang dikemukakan, Pejabat itu mendapati bahawa ekstrak pelarut GC FEM dan ekstrat debunga PI 82 yang dituntut, yang digunakan di dalam merawat PMS dan gejala menopaus di kalangan wanita, tidak boleh dipatenkan. Penolakan Terakhir itu boleh diperolehi untuk dimuat turun di USPTO Public PAIR (https://portal.uspto.gov/pair/PublicPair) di bawah nombor siri semakan semula 90/014,026 dan 90/014,027, di mana rekod awam yang lengkap berhubung bukti itu dan penjelasan terperinci bagi kehilangan liputan paten boleh diperolehi. Graminex® LLC adalah satu-satunya pengeluar Ekstrat Debunga Bunga Rai Tanpa Pelarut™. Hanya Graminex® Ekstrat Debunga Bunga™ adalah bebas larut. Sentiasa Pastikan Ia Bersih™, itu jaminan kami terhadap sisa pelarut. Maklumat mengenai Graminex® LLC Graminex® LLC adalah pengeluar terkemuka bagi Ekstrak Debunga Bunga™ Graminex® semulajadi dan bebas pelarut. Graminex® secara langsung memiliki dan menguruskan lebih daripada 8,500 ekar tanah ladang di Barat Laut Ohio. Bahan mentah aktif Graminex® ditanam dan diproses untuk digunakan di dalam industri penokok diet, farmaseutikal, makanan dan penjagaan kulit. Graminex® memasarkan Ekstrak Debunga Bunga™ yang disokong secara klinikal, dengan memberi tumpuan kepada penjagaan prostat, rawatan kencing, sokongan menopaus, dan penjagaan kulit. Menjalin kerjasama dengan pengedar, peruncit dan pengilang mereka, produk Graminex® dihasilkan di Amerika Syarikat dan dijual di lebih 44 buah negara di enam buah benua. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Perhubungan Awam Graminex® LLC, Colleen E. May di (419) 278-1023 atau melalui e-mel di info@graminex.com. Anda boleh juga melayari www.graminex.com. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180802005776/en/ Hubungi Colleen E. May Perhubungan Awam Graminex L.L.C. 2-300 County Road C Deshler, Ohio 43516 (419) 278-1023 Sumber : Graminex L.L.C. Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA
Comments