NEURALSTEM MELANTIK JIM SCULLY SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SEMENTARA
- tuntastinta
- Aug 9, 2018
- 3 min read
William Oldaker Mengembangkan Peranan dan Dinamakan Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah GERMANTOWN, Md., Ogos 8 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memfokuskan pada perkembangan terapi sistem saraf berasaskan teknologi sel induk saraf dan teknologi campuran molekul kecil, hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah telah melantik Jim Scully sebagai ketua pegawai eksekutif sementara. En. Scully akan memegang peranan tersebut yang berkuatkuasa secara serta-merta dan menggantikan En. Rich Daly yang berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Syarikat sejak Februari 2016. “Sumbangan Jim pada 2018 dalam meneraju pembangunan perniagaan dan sebagai penasihat strategik Neuralstem merupakan sesuatu yang sangat berharga dan kami yakin bahawa pelantikan beliau akan memastikan momentum yang berterusan dalam jangka masa terdekat ketika usaha pencarian berdedikasi kami terus berjalan,” kata Cristina Csimma, Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan Neuralstem. “Jim merupakan eksekutif farmaseutikal dengan pengetahuan yang mendalam dalam perdagangan, pembangunan klinikal dan operasi pembuatan dan telah bekerja dengan pasukan kami dalam meningkatkan usaha Syarikat kami di China dan di tempat-tempat lain di seluruh dunia.” “Saya sangat berbesar hati dalam meningkatkan tanggungjawab saya dengan Neuralstem pada masa-masa penting untuk syarikat ini dan saya teruja untuk bekerja bersama-sama dengan pasukan pengurusan dan Lembaga Pengarah untuk merealisasikan potensi penuh calon rancangan Syarikat, NSI-566 dan NSI-189,” kata En. Scully. “Kami terus percaya bahawa calon-calon ini mewakili pendekatan inovatif kepada beberapa keperluan perubatan yang tidak dipenuhi dan kami teruja untuk menyediakan kemas kini lanjut tentang kemajuan kami dalam melaksanakan rancangan strategik kami.” Pengalaman En. Scully merentasi berbilang peranan strategik utama dalam industri penjagaan kesihatan. Semasa sedekadnya bersama dengan Takeda Pharmaceuticals, sebuah syarikat peneraju biofarmaseutikal global, En. Scully memegang peranan dalam tanggungjawab meningkat merentasi pelbagai bidang fungsian, meneraju usaha dalam perancangan kewangan, pembangunan perniagaan global, analisis perniagaan dan pengurusan projek korporat. En. Scully juga telah memegang peranan utama dalam Astellas Pharmaceuticals, Abbott Labs, GE Healthcare dan Walgreens. Peranan ini termasuklah kepimpinan dalam perancangan pembangunan klinikal, analisis prestasi dan inisiatif kerjasama. Ahli Lembaga Pengarah juga telah melantik William Oldaker, sebagai Pengerusi. En. Oldaker telah berkhidmat sebagai pengarah Neuralstem sejak April 2007. Beliau merupakan pengasas dan rakan kongsi di firma undang-undang Washington D.C., Oldaker & Willison PLLP, dan merupakan ahli Majlis Peguam Colorado, D.C. dan Iowa, Majlis Peguam untuk Mahkamah Rayuan D.C. dan Bar untuk Mahkamah Agung Amerika Syarikat. “Saya teruja untuk mengembangkan peranan saya dan terus bekerja dengan Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan bagi melaksanakan strateginya yang mengujakan dalam menjadi peneraju dalam CNS dan teknologi sel induk saraf,” kata William Oldaker. Perihal Neuralstem Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:
NSI-566 adalah terapi sel stem yang diuji untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).
NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.
Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya. Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Berpandangan Ke Hadapan Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan. Hubungan: Argot Partners (Hubungan Pelabur) 212-600-1902 neuralstem@argotpartners.com Sumber : Neuralstem, Inc. --BERNAMA
Comments