Malaysia antara 202 pasukan sertai Kejohanan Bola Sepak Budak-budak Antarabangsa di China
- tuntastinta
- Aug 14, 2018
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 202 pasukan dari 13 negara dan wilayah termasuk Malaysia kini menyertai Kejohanan Bola Sepak Budak-budak Antarabangsa, ‘Peace Cup’ keempat yang dianjurkan oleh kerajaan perbandaran Shenyang bermula pada 5 Ogos.
Pemain-pemain muda itu akan beraksi dalam hampir 700 perlawanan di Taman Bola Sepak Dunia Piala Gothik Shenyang, dengan mempamerkan kemahiran di samping menjalin persahabatan.
Kejohanan tujuh hari itu disertai pasukan dari Amerika Syarikat, Croatia, Korea Selatan, Malaysia, Slovakia, Thailand, Vietnam, Serbia dan Pakistan.
Ia menghimpunkan 4,000 rakan muda berlainan warna dan bahasa yang berkongsi minat dan keseronokan dalam permainan bola sepak, menurut kenyataan kerajaan perbandaran Shenyang.
“Pembangunan bola sepak untuk budak-budak adalah projek asas untuk mencapai impian bola sepak China dan membina sebuah negara yang mantap di dalam bidang sukan,” kata kerajaan perbandaran Shenyang yang menekankan pentingnya pembangunan bola sepak.
‘Peace Cup’ merupakan pertandingan jenama bola sepak untuk budak-budak bertaraf antarabangsa. Selepas beberapa tahun diusahakan serta dibangunkan kini ia telah menjadi sebuah jambatan untuk menyebarkan budaya bola sepak dan menggalakkan diplomasi sivil, kata kenyataan itu lagi. -- BERNAMA
Comments