KAMPUS R&D BAHARU DI TECHNOLOGY BASE, TWENTE
- tuntastinta
- Sep 5, 2018
- 1 min read
HENGELO, Belanda, 5 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat pengurusan tenaga, Lithium Werks B.V. (www.lithiumwerks.com) telah mengumumkan pembinaan kampus penyelidikan dan pembangunan (R&D) tenaga bersih utama di Lapangan Terbang Twente. “Untuk membuat peralihan sebenar daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh baharu, tenaga perlulah tersedia pada tempat dan masa yang sesuai,”kata pemula, Kees Koolen, pengarah lembaga Lithium Werks. “Dalam lima tahun akan datang, kami akan merekrut 2,000 untuk membangunkan teknologi tenaga bersih di kampus tersebut.” Lithium Werks yang membekalkan 200 juta sel bateri kepada lebih daripada 1,000 pelanggan di 50 negara kini mengeluarkan bateri litium ferum fosfat, atau LFP. Untuk pembangunan bateri generasi seterusnya, Lithium Werks akan bekerjasama dengan University of Twente iaitu perintis dalam penyelidikan bahan baharu, kepintaran buatan dan elektronik kawalan. Agensi Pembangunan Belanda Timur Oost NL melabur dalam Lithium Werks untuk menyokong visi syarikat tersebut mengenai kampus R&D, bersama-sama majlis perbandaran Enschede dan wilayah Overijssel.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11371











Comments