top of page
Search

TOP GLOVE KEARAH TRANSFORMASI PENGURUSAN MODAL INSAN

  • tuntastinta
  • Sep 16, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Pengilang sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd (Top Glove), telah melantik firma Deloitte untuk melaksanakan program 'SAP SuccessFactors' untuk mentransformasi platform pengurusan modal insan (HCM) kearah mencapai sasaran 30 peratus pasaran dunia menjelang 2020.

Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata dalam satu kenyataan: "Bakat yang berkualiti adalah asas syarikat kami. Kami berhasrat untuk menarik, membangun dan mengekalkan yang terbaik.

"Untuk ini, kita mesti dapat memanfaatkan potensi penuh bakat kita dan menghubungkannya dengan tujuan dan misi Top Glove, menerusi program SAP SuccessFactors dan Deloitte."

Katanya, transformasi platform HCM Top Glove adalah sejajar dengan aspirasi pertumbuhan masa depan kumpulan, memandangkan ia dapat dilihat melalui kebolehan bakat dan kemampuan tenaga kerja.

Firma perundingan Deloitte di Malaysia akan memimpin pelaksanaan modul SAP SuccessFactors, merangkumi aspek prestasi dan matlamat, pampasan, pembelajaran, pengambilan, pembangunan kerjaya dan perancangan penggantian, dalam empat fasa untuk operasi Top Glove Malaysia.

Top Glove menyasarkan pemanfaatan teknologi canggih sebagai transformasi digital untuk menghasilkan peningkatan keuntungan, produktiviti dan kecekapan operasi yang lebih besar.

Ia juga sedang menggunakan teknologi terkini kearah automasi penuh saluran pengeluarannya, bersekali dengan proses pembuatan dan operasi yang lain.

Dengan operasi merentasi Malaysia, Thailand, China, Amerika Syarikat dan Eropah, Top Glove berhasrat untuk menjadi 20 Syarikat Terbaik Bursa Malaysia menjelang 2020 serta Fortune Global 500 menjelang 2040. Ia mempunyai lebih 2,000 pelanggan di seluruh dunia dan mengeksport ke lebih daripada 195 negara.

Deloitte adalah penyedia perkhidmatan audit dan jaminan, perundingan, penasihat kewangan, penasihat risiko, cukai dan perkhidmatan yang berkaitan.

-- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page