top of page
Search

SQUIRRELS RESEARCH LABS BEKERJASAMA DENGAN BITTWARE UNTUK LANCARKAN KAD FPGA MATAWANG KRIPTO PALING

  • tuntastinta
  • Sep 18, 2018
  • 2 min read

NORTH CANTON, Ohio, 12 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Squirrels Research Labs (SQRL) baru-baru ini bekerjasama dengan BittWare, sebuah syarikat Molex dan penyedia papan komputer berprestasi tinggi, untuk menawarkan perkakasan perlombongan matawang kripto FPGA yang paling berkuasa di dunia, BittWare CVP-13. CVP-13 ini menggunakan cip FPGA Virtex UltraScale+ terbesar yang tersedia daripada Xilinx Inc. (NASDAQ: XLNX). “Dengan menggunakan cip terbesar yang didapati daripada Xilinx, VU13P, CVP-13 BittWare menawarkan kad FPGA matawang kripto yang paling berkuasa pernah ada,” ujar presiden SQRL David Stanfill. CVP-13 menyediakan kuasa pemprosesan terbaik daripada mana-mana kad perlombongan matawang kripto FPGA yang ada—46 peratus lebih logik, 31 peratus lebih pada memori cip dan 66 peratus lebih besar bekalan kuasa berbanding papan popular lain yang menggunakan cip Xilinx VU9P FPGA. Tidak seperti perkakasan perlombongan FPGA yang lain di pasaran, CVP-13 menggunakan bekalan kuasa 300 ampere, yang membolehkan pengguna memaksimumkan potensi cip FPGA VU13P di papan. Perkakasan yang serupa di pasaran memerlukan penalaan yang menarik lebih banyak kuasa daripada perkakasan yang terkadar, yang menyebabkan kecekapannya merosot. Pilihan-pilihan penyejukan Viper yang direka dan dipasang oleh CVP-13 termasuk penyejukan cecair untuk meningkatkan kecekapan. “Kecekapan dan peningkatan kuasa yang diperolehi dengan CVP-13 membolehkan penggunaan ketumpatan yang lebih tinggi dengan kurang pengehosan overhed,” jelas Stanfill. “Bagi setiap tiga papan berasaskan VU9P, anda hanya memerlukan dua unit CVP-13 untuk mencapai matlamat prestasi yang serupa.” Selain prestasi yang lebih sejuk dan lebih cekap, jumlah logik atas cip yang meningkat membolehkan algoritma yang lebih besar untuk muat yang tidak tersedia pada perkakasan lain. Algoritma ini termasuk X17r, X16r dan TimeTravel10. Kad CVP-13 boleh disambungkan bersama-sama dengan kabel QSFP28 dan SlimSAS, membolehkan cip tersebut menjalankan algoritma yang lebih besar seperti varian Equihash. CVP-13 mempunyai empat kali ganda lebar jalur kad kompetitif dan termasuk empat sangkar QSFP28 dan dua penyambung SlimSAS untuk komunikasi papan ke papan. CVP-13 mempunyai keupayaan untuk menjalankan bitstreams selamat yang dibangunkan dan disokong oleh AllMine Inc. dan SQRL. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11388

 
 
 

Комментарии


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page