top of page

LIQUINEX AND GRAFOID BEKERJASAMA MENYEDIAKAN PENAPISAN AIR DENGAN TEKNOLOGI PENAPISAN BERDASARKAN GR

  • tuntastinta
  • Sep 24, 2018
  • 2 min read

OTTAWA, 21 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Grafoid Inc. (“GRAFOID”) berbangga mengumumkan kerjasama dengan Liquinex, syarikat yang mengkhusus dalam kejuruteraan air sisa untuk menyediakan rawatan air berskala komersial menggunakan teknologi penapisan berdasarkan graphene MESOGRAF™ Grafoid. Permintaan yang semakin meningkat untuk air minuman yang bersih, sumber air yang semakin terhad, pengindustrian yang pesat dan aktiviti pembinaan yang meningkat adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan keperluan untuk rawatan air boleh skala di seluruh dunia meningkat. Ditambah lagi dengan faktor lain seperti sokongan kerajaan yang bertambah terhadap rawatan dan pembuangan air yang betul, pasaran global untuk rawatan air dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan keseluruhan sebanyak 7.4% daripada 2017 hingga 20271. Produk penapisan berdasarkan Graphene GPURE boleh diskala untuk memenuhi keperluan komersial ini yang menjadikannya ideal untuk tahap industri, aplikasi ceruk seperti pemekatan minuman, rawatan gas asli/campuran air, biobahan api dan rawatan air sisa industri di mana osmosis berbalik (RO) tidak sesuai disebabkan kecenderungan berlakunya kotoran apabila cecair pekat dibuang melalui kartrij RO. Bahan penapisan konvensional (cth. karbon diaktifkan, zeolit, flokulan, dll.) mempunyai had kepekaan pH tertentu, kurang efisien dan tidak boleh digunakan semula untuk merawat campuran pelbagai bahan pencemar yang wujud dalam air sisa. Sebaliknya, graphene MESOGRAF™ yang merupakan bahan 2D dengan luas permukaan besar dan boleh tala mampu menjerap dengan baik dan boleh digunakan semula untuk menapis pelbagai jenis pencemar. Dr. Kiran Manga, Pengurus Kejuruteraan Grafoid berkata: “Permukaan MESOGRAF™ yang diperbuat daripada terbitan graphene telah digunakan untuk memenuhi keperluan khusus klien industri (cth. Pembuangan pewarna organik dalam industri tekstil dan kulit, fenol dan ion logam berat dalam industri pemprosesan bijih dll.). Teknologi GPURE kami mampu membuang sehingga 99.8% pencemar fenol, 99% pewarna daripada sampel masa nyata air sisa industri pada pH neutral dan suhu bilik.” Bashir Ahmad, CEO Liquinex Group Pte Ltd. mengesahkan kepentingan kerjasama dengan Grafoid, “Rawatan air yang berkesan memerlukan kerjasama erat antara kedua-dua sektor awam seperti IPI Singapore, dan juga amat penting bagi organisasi peribadi melaksanakan penerimaan teknologi inovatif seperti Grafoid secara meluas. Kerjasama dengan Garfoid menjadikan kami semakin teguh dan mencipta potensi yang besar. Gary Economo, CEO Grafoid mengakui potensi impak global kerjasama dengan Liquinex. “Kita tahu bahawa air adalah elemen penting untuk banyak proses industri dan permintaannya untuk kegunaan industri akan meningkat disebabkan aktiviti ekonomi yang bertambah. Kami yakin bahawa teknologi GPURE mampu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan masa depan rawatan air di seluruh dunia.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11421

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page