top of page

WESTERN UNION MENGUMUMKAN BANTUAN BERIKUTAN TAUFAN MANGKHUT

  • tuntastinta
  • Sep 24, 2018
  • 2 min read

DENVER, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk menyokong komuniti yang paling terjejas oleh Taufan Mangkhut di Filipina, Western Union, sebuah pemimpin di dalam pergerakan wang rentas sempadan, rentas mata wang, hari ini mengumumkan satu tindak balas pelbagai aspek dalam memberikan bantuan. Secara keseluruhan, sumbangan dari Western Union, Yayasan Western Union, Ejen-ejen dan pekerja melalui usaha komprehensif ini boleh mencapai USD $275,000. "Banjir dan tanah runtuh dari taufan itu telah menyebabkan kerosakan yang signifikan dan kehilangan nyawa," kata Naib Presiden dan Ketua bagi Yayasan Western Union, Elizabeth Roscoe. "Sebagai sebuah organisasi, kami komited untuk menyokong bantuan segera dan pembangunan semula yang mampan bagi masyarakat yang menghadapi krisis. Sepanjang minggu-minggu yang akan datang, kami akan bekerjasama dengan Ejen-ejen Western Union, pekerja dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah untuk membantu memulihkan komuniti." Western Union telah berjanji menyumbangkan USD $50,000 dan Yayasan Western Union Foundation telah menjanjikan USD $30,000 kepada Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Yayasan Western Union juga akan memberikan padanan 1:1 bagi sumbangan kelayakan dari Ejen-ejen Western Union yang mengambil bahagian, sehingga USD $75,000 dan padanan 2:1 dari sumbangan yang dilakukan oleh pekerja Western Union sehingga USD $15,000. Sehingga kini, Ejen-ejen yang mengambil bahagian di dalam padanan Ejen 1:1 termasuk: Universal Storefront Services Corp., Perahub, eBusiness Services Inc., dan Direct Agent 5 Inc. Western Union mempunyai sejarah yang panjang sebagai satu daripada penyalur bantuan bagi masyarakat yang memerlukan. Dalam banyak keadaan, Western Union merupakan satu daripada beberapa cara bagi orang ramai di seluruh dunia untuk menerima dana dengan mudah, dengan perkhidmatan yang disediakan† apabila infrastruktur lain telah terjejas teruk. Western Union dan Yayasan Western Union berada di barisan hadapan dalam usaha bantuan bencana alam yang besar, termasuk Taufan Maria di Puerto Rico, Taufan Harvey di Texas dan Taufan Florence di Carolinas. Sejak tahun 2001, Yayasan Western Union telah menyumbangkan lebih daripada USD $17 juta untuk bantuan bencana, bagi membantu 180 bencana di 80 buah negara di seluruh dunia. Pada tahun lepas, Yayasan Western Union memberi tindak balas kepada 13 bencana di seluruh dunia. † Disebabkan oleh keterukan Taufan Mangkhut, beberapa lokasi Ejen Western Union tidak dapat beroperasi dengan segera atau mempunyai dana yang mencukupi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11413

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page