top of page

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KANSAI DIBUKA SEMULA SELEPAS KEROSAKAN TAUFAN

  • tuntastinta
  • Sep 25, 2018
  • 1 min read

Video Dalam Talian yang Baharu yang dihasilkan oleh Biro Pelancongan KANSAI Mengalu-alukan Kembali Pelancong selepas Pemulihan Cepat Lapangan Terbang OSAKA, Jepun, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Biro Pelancongan KANSAI hari ini mengeluarkan sebuah video dalam talian yang disasarkan kepada pelancong domestik dan antarabangsa, untuk memaklumkan kepada mereka bahawa bermula pada hari Jumaat 21 September, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai telah pulih sebahagian besar daripada fungsi operasi mereka berikutan kerosakan yang signifikan pada awal September oleh Taufan 21, yang telah menutup lapangan terbang itu dan menjejaskan dengan ketara kemasukan pelancongan ke wilayah itu. Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180921005195/en/ Taufan 21 telah melanda kawasan Kansai pada 4 September, dengan menyebabkan gangguan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di wilayah Kansai, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Landasan digenangi air, dan beberapa kemudahan bekalan kuasa dan jambatan rosak, operasi terjejas teruk. Namun perkhidmatan kini dipulihkan ke tahap sebelum bencana, hasil daripada sokongan besar daripada semua pihak yang terlibat. Biro Pelancongan KANSAI menyertai pelbagai organisasi ekonomi dan pelancongan dan kerajaan-kerajaan tempatan di kawasan Kansai di dalam menyokong langkah-langkah untuk mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan. Video itu memaklumkan kepada pelancong yang ingin ke Kansai dari seluruh Asia mengenai pemulihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Sekarang lapangan terbang itu telah menyambung semula operasi normal, Pengerusi Masayoshi Matsumoto dan seluruh Biro Pelancongan KANSAI tidak sabar untuk mengalu-alukan kembali pengunjung ke Kansai.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11427

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page