top of page

BOMBARDIER MENGHANTAR PESAWAT Q400 DENGAN 90 TEMPAT DUDUK PERTAMA KEPADA SPICEJET

  • tuntastinta
  • Sep 26, 2018
  • 1 min read

SpiceJet menjadi syarikat penerbangan pertama yang menikmati potensi keuntungan lebih tinggi pesawat Q400 baharu

TORONTO, 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier mengumumkan penghantaran pesawat Q400 dengan 90 tempat duduk pertama hari ini. Pesawat tersebut diberikan kepada SpiceJet Limited India (“SpiceJet”), pengendali pelancaran pesawat dengan lebihan kapasiti dan 90 tempat duduk itu. “Kami teruja untuk menambah pesawat Q400 dengan 90 tempat duduk ke kumpulan pesawat kami,” kata Ajay Singh, Pengerusi dan Pengarah Urusan SpiceJet. “Tempat duduk tambahan dan peningkatan prestasi akan mengurangkan kos unit dengan banyak dan membolehkan kami memenuhi permintaan pasaran di rantau ini.” “Penghantaran pesawat Q400 dengan 90 tempat duduk yang pertama menunjukkan komitmen program turboprop Siri Q Bombardier untuk bertindak balas terhadap keperluan pelanggan dalam menghadapi pertumbuhan trafik di pasaran serantau,” kata Todd Young, Ketua Program Pesawat Siri Q, Pesawat Komersial Bombardier. “Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada pekerja dan pembekal yang telah bertungkus-lumus melakukan peningkatan terhadap pesawat Q400, serta pelanggan kami, SpiceJet atas sokongan dan kerjasama yang kukuh dalam program peningkatan berterusan ini.” “Hal ini merupakan tanda aras yang penting untuk program pesawat Q400 kerana pilihan 90 tempat duduk menunjukkan potensi keuntungan lebih tinggi yang mampu ditawarkan oleh turboprop unik ini,” kata Colin Bole, Naib Presiden Kanan, Komersial, Pesawat Komersial Bombardier. “Kapasiti penumpang yang lebih tinggi mampu mengurangkan kos tempat duduk sebanyak 15 peratus berbanding pesawat Q400 standard justeru memberi manfaat kepada syarikat penerbangan. Kami teruja kerana SpiceJet akan menjadi pengendali pertama yang mempamerkan kebolehan unik dan produktiviti turboprop yang tiada bandingan.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11432

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page