PENYELIDIK, BEKAS PESAKIT, PENYOKONG DAN PAKAR PERUBATAN BERSIDANG UNTUK MEMBINCANGKAN INOVASI DALAM
- tuntastinta
- Sep 28, 2018
- 2 min read
TORONTO, 26 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pesakit, bekas pesakit dan penyokong menyertai penyelidik dan pakar perubatan untuk membincangkan masa hadapan kanser paru-paru di Persidangan Dunia Ke-19 bagi Kanser Paru-paru (WCLC) oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) di Toronto, Kanada. Taklimat akhbar pertama persidangan itu menunjukkan bilangan pengunjung berdaftar yang telah memecahkan rekod (melebihi 7,300 orang), komuniti pesakit dan penjaga berusaha untuk mempercepat penyelidikan, menilai data tinjauan tentang keperluan emosi bekas pesakit kanser paru-paru dan menggariskan impak pemprofilan genom komprehensif terhadap penjagaan pesakit. Sidang akhbar tersebut dibuka dengan mesej alu-aluan daripada presiden bersama persidangan, Natasha B. Leighl, M.D., BSc, MSc; Andrea Bezjak, M.D., FRCPC, MSc; dan Gail Darling M.D., FRCSC, yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan persidangan tahun ini. Komuniti penjaga dan pesakit berdasarkan onkogen mencipta paradigma baharu untuk penyelidikan kanser paru-paru bukan sel kecil Tinjauan terkini terhadap komuniti penjaga dan pesakit yang berfokus pada kanser paru-paru sel bukan kecil (NSCLC) dengan perubahan genom menunjukkan bahawa kumpulan ini menunjukkan hasil yang lebih baik dengan menyokong pesakit dan penjaga, meningkatkan kesedaran dan pendidikan, serta mempercepat penyelidikan. Penyokong pesakit, Janet Freeman-Daily, pengasas bersama untuk komuniti The ROS1ders, Robert C. Doebele, M.D., Ph.D., dari Bahagian Onkologi Perubatan di University of Colorado dan Christine M. Lovly, M.D., Ph.D., dari Vanderbilt University School of Medicine, bekerjasama untuk mengenal pasti impak kumpulan pesakit berdasarkan onkogen. “Kumpulan berdasarkan onkogen yang dicipta oleh pesakit dan penjaga memulakan era baharu dalam kerjasama penyelidikan kanser paru-paru,” kata Freeman-Daily. “Dengan kerjasama bersama penyelidik, klinisian, kumpulan penyokong dan industri, kita dapat mempercepat penyelidikan tentang penyakit kita.” Baca siaran akhbar penuh di sini. Data tinjauan daripada Persekutuan Kanser Paru-paru menekankan keperluan emosi bekas pesakit kanser paru-paru jangka panjang yang tidak dipenuhi Data tinjauan terkini menunjukkan bahawa bekas pesakit kanser paru-paru menandakan yang kesan emosi adalah lebih bermasalah untuk bekas pesakit kanser paru-paru jangka panjang selepas lima tahun, tidak seperti impak fizikal. Maureen Rigney, pekerja sosial klinikal berlesen dan Pengarah Inisiatif Sokongan untuk Persekutuan Kanser Paru-paru (LCA) berserta pasukannya telah menjalankan tinjauan dalam talian tentang rawatan dan sejarah merokok untuk 820 responden. “Simtom seperti tidak cukup nafas dan lesu hanyalah sedikit daripada kesan sampingan yang boleh berlaku semasa dan selepas rawatan,” ujar Rigney. “Secara emosi, stigma dan keresahan kanser paru-paru tidak berakhir apabila rawatan tamat.” Simtom jangka panjang dan lewat yang paling biasa termasuklah tidak cukup nafas, lesu, memori jangka pendek dan keresahan. Kadar kemandirian pesakit yang telah didiagnosis dengan kanser paru-paru terus meningkat dan kajian tambahan diperlukan bagi memahami cara terbaik untuk menyokong mereka. Baca siaran akhbar penuh di sini.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11446











Comments