top of page
Search

MYCREATIVE LANJUTKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ARTISTREET

  • tuntastinta
  • Sep 29, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) telah melanjutkan tarikh akhir untuk penyerahan penyertaan pertandingan persembahan jalanan terbaik Malaysia 'ARTISTREET' hingga 5 Okt 2018.

ARTISTREET adalah inisiatif MyCreative untuk membuka peluang kepada komuniti seni serta menyediakan platform untuk pakar industri menemui bakat baru.

Ia juga bertujuan mempromosikan lebih banyak bentuk seni persembahan dan menggalakkan ekspresi belia secara kreatif.

Penari, pemuzik, pelawak, pemain teater, pelakon bisu, pelakon aksi penimbang, aksi gimnas, ahli akrobat, pejalan kaki tali tegang, dalang, ahli silap mata, pengamal seni mempertahankan diri dan bakat jalanan lain dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

"Penyertaan boleh samada individu atau kumpulan. Peserta individu mestilah rakyat Malaysia. Bukan warganegara boleh turut menyertai dalam persembahan kumpulan bersama dengan peserta Malaysia. "Tiada batasan umur, tetapi anak-anak di bawah umur mesti mempunyai persetujuan ibu bapa atau penjaga mereka," kata MyCreative dalam satu kenyataan.

Tempoh persembahan mestilah antara lima hingga 10 minit dan kandungan persembahan mesti bebas dari unsur-unsur sensitif.

Persembahan dalam bahasa selain Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris memerlukan penterjemah dengan kos artis itu sendiri.

Hadiah wang tunai sebanyak RM18,000 disediakan untuk lima pemenang teratas. Para pemenang akan turut berpeluang mengadakan persembahan secara langsung di salah satu festival seni paling popular di ibu kota.

Pemohon yang berminat mesti menghantar penyerahan mereka sebelum tarikh tutup yang dinyatakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.mycreative.com.my/news_events/artistreet.

-- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page