TOSHIBA LANCAR AMPLIFIER KUASA UNTUK AUDIO KERETA DENGAN RINTANGAN KUAT KEPADA PERTAMBAHAN KUASA
- tuntastinta
- Sep 29, 2018
- 2 min read
TOKYO, 25 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation telah melancarkan amplifier kuasa 4 saluran yang baharu untuk audio kereta, "TCB503HQ" yang memberikan rintangan kuat kepada pertambahan kuasa. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada suku pertama tahun 2019.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180924006129/en/
Membina di atas keupayaan pembangunan Toshiba yang terbukti di dalam IC untuk audio kereta, produk baharu itu mencapai satu kebolehpercayaan yang lebih tinggi dengan rintangan proses analog yang halus terhadap pertambahan kuasa. Ia juga menyokong operasi 6V yang sesuai untuk kenderaan yang dilengkapi dengan sistem pengurangan melahu, yang telah menjadi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ciri ini menekan bunyi yang timbul apabila voltan kuasa naik turun. Ciri-ciri lain termasuk sebuah penapis yang terbina dalam untuk meningkatkan ketahanan terhadap bunyi frekuensi tinggi yang tiada berkaitan, dan bagi mencegah penjanaan bunyi bising yang tidak normal walaupun terdapat bunyi frekuensi tinggi daripada gelombang radio telefon mudah alih dan pelarasan pada cermin pintu.
Dengan menggunakan isyarat pengesanan klip untuk mengawal litar bunyi dan kawalan nada, kualiti bunyi bagi set itu boleh dipertingkatkan.
Spesifikasi utama
Nombor bahagian TCB503HQ
Output maksimum 50Wx4 saluran (Vcc=15.2V, RL=4Ω, JEITA maksimum)
Voltan bekalan 6V hingga 18V
Voltan mengimbangi output 70mV
Voltan bunyi output 45μV (BW=A-berat)
Fungsi dan ciri-ciri • Kuasa keluaran tinggi dan herotan rendah • Fungsi siap sedia dan bisu terbina dalam, pengesanan ofset, pengesanan litar pintas, dan pengesanan klip output • Operasi 6V (keupayaan mengurangkan enjin melahu) • Litar perlindungan terbina dalam (terlalu panas, lebihan voltan, kekurangan bekalan kuasa, disambung ke tanah, dan muatan terpintas)
Pakej HZIP25-P-1.00F
Harga sampel (termasuk cukai) 500 yen
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/assp/audio-ic/detail.TCB503HQ.html Pertanyaan Pelanggan Jabatan Pemasaran dan Jualan IC Isyarat Bercampur Tel: +81-44-548-2876 https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD. Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180924006129/en/ Hubungi Pertanyaan Media: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963 Jabatan Pemasaran Digital semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA
Comments