AVIS BUDGET GROUP ASIA DINOBATKAN SEBAGAI SYARIKAT KERETA SEWA TERBAIK PADA ANUGERAH PELANCONGAN TTG
- tuntastinta
- Oct 1, 2018
- 1 min read
BANGKOK, Thailand, 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Avis Budget Group Asia telah terpilih sebagai Syarikat Kereta Sewa Terbaik pada Anugerah Pelancongan TTG Tahunan ke-29 2018, yang diundi oleh pembaca penerbitan bercetak dan dalam talian TTG Travel Trade Publishing. Penerbitan tersebut termasuklah: TTG Asia, TTG China, TTG India, TTG mice, TTG-BT mice China, TTGassociations dan TTG Asia Luxury. Pembaca penerbitan ini, termasuk pengendali pelancongan, perunding pelancongan dan kakitangan syarikat pengurus destinasi, telah mengundi untuk pembekal pelancongan kegemaran mereka bagi menentukan pemenangnya. Dalam kriteria yang ditentukan, Avis Budget Group Asia mendapat tempat teratas untuk produk, perkhidmatan dan kelengkapan terbaik, paling konsisten dan boleh dipercayai serta memberikan tawaran paling inovatif. Tambahan lagi, Avis Budget Group Asia dianggap mempunyai program jangkauan agensi terbaik, termasuk promosi dagangan, pemasaran, latihan dan pembinaan hubungan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11457
Kommentare