AKSELOS: INNOGY VENTURES DAN SHELL VENTURES MENYOKONG PERINTIS REPLIKA DIGITAL RAMALAN DENGAN PELABU
- tuntastinta
- Oct 2, 2018
- 3 min read
LAUSANNE, Switzerland, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perintis replika digital ramalan, Akselos, hari ini mengumumkan penyelesaian bagi satu pusingan pembiayaan sebanyak $10 juta yang diterajui oleh innogy Ventures, dengan Shell Ventures sebagai Pelabur Bersama. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180927005503/en/ Pembiayaan bagi pusingan baharu itu akan digunakan untuk membantu meningkatkan kelestarian aset kritikal di dalam sektor tenaga, dengan memperkasakan penyelenggaraan jangkaan dengan perisian analisis berstruktur, analisis data besar dan pembelajaran mesin. Thomas Leurent, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Akselos, berkata: "Pengumuman hari ini menggariskan nilai yang akan kami bawa ke dalam sektor tenaga dan ia merupakan satu undi besar dari segi keyakinan oleh dua buah syarikat tenaga yang paling progresif dan berinovatif di dunia. Teknologi kami bukan sahaja akan membantu memaksimumkan kecekapan dan pulangan dalam industri minyak dan gas di dalam sebuah pasaran yang semakin berdaya saing, tetapi ia juga mempunyai sebuah peranan penting dalam mempercepatkan peralihan tenaga. Untuk menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh manusia, kita perlu berfikir menjangkau inovasi tambahan dan bergerak ke arah kejuruteraan ekstrim bagi generasi akan datang - itulah sebenarnya peranan dan matlamat Akselos. "Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama rapat dengan innogy dan Shell dan mengambil kesempatan daripada kepakaran yang tidak ada tolok bandingnnya yang tersedia kepada kami ketika kami meneruskan usaha mengejar visi kami dan membangunkan teknologi kami." Akselos, yang dihasilkan dari MIT, membawa teknologi digital baru muncul ke pasaran menerusi satu lesen eksklusif dengan MIT. Teknologi itu, yang mengambil masa 15 tahun untuk menghasilkannya, terus dibangunkan di Swiss Federal Institute of Technology. Teknologi itu menyerupai replika maya yang sebenar -- atau kembar digital – bagi aset mekanikal yang besar, dengan menggunakan data untuk mewujudkan kehidupan yang tepat, pembelajaran dan replika ramalan. Ia adalah merupakan teknologi yang pertama seumpamanya yang bersesuaian dengan penyelesaian IoT dan digital seperti sensor, analisis data besar dan pembelajaran mesin. Penyelesaian itu, yang adalah 1,000 kali lebih pantas dan lebih tepat daripada standard industri apabila memodelkan aset berskala besar, akan menawarkan kepada pengendali dengan akses tepat masa kepada keadaan aset dari mana jua dan pada bila-bila masa, dan membolehkan ia bergerak ke arah penyelenggaraan ramalan. Felix Krause, Rakan Pelaburan bagi innogy Ventures berkata: "Akselos mempunyai sebuah pasukan yang hebat, sangat mahir dengan pemahaman pasaran yang luar biasa. Kepakaran mereka yang tidak dapat ditandingi di dalam teknologi simulasi telah membawa mereka kepada mengkomersialkan sesuatu yang telah mengatasi pembatasan bagi penyelesaian industri semasa. "Kami sangat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kisah Akselos pada masa yang mengujakan ini buat syarikat itu. Setelah berjaya membangunkan teknologi yang berinovatif dan setelah mewujudkan sebuah pangkalan pelanggan yang mengagumkan, Akselos kini berada dalam suatu kedudukan untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan terus berusaha ke arah transformasi digital di dalam sektor tenaga dan seterusnya." Peter van Giessel, Pengarah Pelaburan bagi Shell Ventures berkata: "Akselos membolehkan kami untuk memantau dengan lebih baik integriti aset kami yang paling kompleks -- sama ada kapal pengeluaran atau turbin angin. Dengan teknologi ini, jurutera kini boleh menjalankan analisis hampir sama pada kelajuan pemikiran. Apabila diintegrasikan dengan sensor hidup sebenar ke atas aset, teknologi itu mewujudkan sebuah sistem yang responsif, yang membolehkan pengurangan kos dan peningkatan keselamatan. "Kami berbangga untuk menyokong kerja cemerlang pasukan Akselos dan tidak sabar untuk melihat ia digunakan sepanjang operasi kami." Di samping usahanya dengan industri tenaga, Akselos pada masa ini terlibat dalam beberapa projek R&D peringkat tinggi dengan institut teknologi bertaraf dunia untuk mempercepatkan peralihan tenaga dan penerokaan angkasa lepas. http://www.akselos.com/ https://www.innogy.ventures/ https://www.shell.com/energy-and-innovation/innovating-together/shell-ventures.htm Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180927005503/en/ Hubungi Akselos Lindsay Jepp ljepp@webershandwick.com +44 1224 806 600 +44 7580 971 400 Sumber : Akselos Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA
Comments