top of page
Search

Akademi e-pembelajaran global percuma dilancarkan untuk menyokong kemajuan wanita

  • tuntastinta
  • Oct 3, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Badiri E-Academy, sebuah akademi dalam talian berbilang bahasa, percuma dan bersifat global, dilancarkan oleh NAMA Women Advancement Establishment yang berpusat di Sharjah, di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-73 di New York.

NAMA dalam kenyataan berkata Badiri E-Academy dibangunkan secara usaha sama dengan platform pembelajaran digital berpangakalan di Brazil, FazlNOVA, menggunakan model kursus profesional dalam talian (MOOC) dan terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Langkah itu memperkukuh komitmen Emiriyah Arab Bersatu dalam menyokong wanita dan membangunkan penyelesaian yang praktikal untuk mengatasi sekatan yang menghalang akses mereka kepada pengetahuan dan pembelajaran berkualiti.

E-Academy terbuka kepada kedua-dua wanita dan lelaki dari seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kepercayaan NAMA bahawa semua orang mempunyai hak untuk mengakses sumber pengetahuan.

Menurut kenyataan itu, kandungan kursus disumbangkan oleh entiti pendidikan dan latihan antarabangsa, dan orang perseorangan di seluruh dunia, untuk memenuhi keperluan kaum wanita dan lelaki, penuntut universiti, usahawan yang bercita-citi tinggi dan berpengalaman, profesional yang bekerja, pencari kerja, dan semua mereka yang berusaha mengembangkan kemahiran profesional dan kehidupan mereka.

Pada fasa awal, E-Academy akan menawarkan kursus latihan profesional dalam Perniagaan, Keusahawanan, Budaya, Teori, dan Sains dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Senarai ini akan dikembangkan secara beransur-ansur untuk memasukkan kursus-kursus tambahan dan bahasa.

E-Academy menggesa semua universiti, institusi pendidikan dan vokasional, dan pakar subjek untuk menawarkan kandungan mereka kepada platform pembelajaran percuma ini.

Platform ini boleh diakses menerusi laman web www.badiriacademy.org dan aplikasi mudah alih.

--BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page