top of page
Search

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAGI KUMPULAN GENESIS, INSTITUSI KEWANGAN TERKEMUKA CHINA YANG MENGKHUSUSKAN

  • tuntastinta
  • Oct 3, 2018
  • 2 min read

BEIJING, 1 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DAIBC telah diadakan di Kuala Lumpur pada 27 dan 28 September 2018. Feng Chi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Genesis, telah dijemput untuk menyampaikan ucapan mengenai pembangunan bagi pasaran rantaian blok di China. "Rantaian blok itu kini menjadi bidang kritikal bagi persaingan antarabangsa," kata beliau. "Rantaian blok itu tidak menetapkan blok bagi mana-mana negara. Ia adalah satu revolusi global mengenai hubungan produktif dan pasaran rantaian blok berbeza di setiap negara." Dari tahun 2013 ketika China Central Television melaporkan BitCoin buat pertama kalinya kepada tahun 2017 apabila gembar-gembur mengenai rantaian blok muncul di China, pasaran rantaian blok China telah mengalami peningkatan dan penurunan, dengan mewujudkan peluang dan cabaran. Menurut Kertas Putih Industri Rangkaian Blok China 2018 yang diterbitkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, sehingga Mac 2018, terdapat 456 buah syarikat yang mengkhususkan diri dalam perniagaan rantaian blok. Sebelum tahun 2013, angka ini adalah hanya 31, tetapi 136 dan 178 masing-masing pada tahun 2016 dan 2017. Syarikat-syarikat ini tergolong ke dalam beberapa kategori, dengan perkhidmatan kewangan merangkumi majoritinya, dengan diikuti oleh penyelesaian rantaian blok, platform yang menjadi dasar, dan media massa & komuniti rantaian blok. Setakat ini, teknologi rantaian blok telah digunakan di dalam bidang seperti kewangan rantaian bekalan, penyiasatan kredit, pengesanan produk, perdagangan hak cipta, identiti digital dan bukti digital. Kumpulan Genesis adalah sebuah institusi kewangan yang utama yang terdiri daripada Genesis Capital, Genesis Lab dan Genesis Investment Bank. Ia menyediakan perkhidmatan sehenti untuk usahawan di dalam industri rantaian blok yang mencakupi dari inkubasi, pembiayaan kepada perbankan pelaburan, dan sebagainya. Genesis Capital adalah sebuah dana modal di bawah kumpulan Genesis untuk industri rantaian blok. Bertekad untuk menemui projek-projek yang berada di peringkat awal dengan potensi terbesar, pasukan itu berusaha untuk menawarkan bukan sahaja pelaburan tetapi juga perundingan ketika projek itu berkembang. Genesis Lab menyediakan inkubasi yang direka untuk memupuk permulaan bagi desentralisasi dunia. Bermula daripada perundangan, kawal selia dan sokongan pentadbiran, bimbingan teknikal kepada struktur organisasi, pakar-pakar mereka akan membuka laluan daripada mengoptimumkan kertas putih kepada pelancaran kempen pertama untuk idea-idea besar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11469

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page