top of page
Search

PAMERAN OPTIK HONG KONG DIBUKA BULAN DEPAN

  • tuntastinta
  • Oct 15, 2018
  • 2 min read

Memperkenalkan Penyelesaian IT untuk Industri Optik dan Barisan Jenama Kacamata yang Bergaya HONG KONG, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Optik Hong Kongyang utama di Asia akan diadakan dari 7 hingga 9 Nov 2018 di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong. Dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), pameran itu yang memasuki edisi ke-26 mempunyai jumlah rekod melebihi 800 pempamer dari lebih 20 buah negara dan wilayah, termasuk pempamer baharu dari Argentina. Zon "Penyelesaian IT & Kelengkapan Kedai" akan dilancarkan untuk mempamerkan teknologi dan produk terkini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181005005138/en/ Daftar Sekarang untuk Mendapatkan eLencana secara Percuma: www.hktdc.com/wap/optical/K159. Pameran antarabangsa menawarkan peluang-peluang perniagaan yang tidak terbatas Tahun ini, pameran itu termasuk pavilion kumpulan yang mewakili Perancis, Itali, Jepun, Korea, Taiwan, Visionaries of Style dari Itali dan Persatuan Pengilang Optik Hong Kong (HKOMA). Tahun lepas pameran itu telah menarik lebih daripada 16,000 pembeli dari 106 buah negara dan wilayah. Galeri Jenama mengumpulkan lebih 220 jenama global Galeri Jenama yang ditonjolkan akan menempatkan lebih daripada 220 jenama terkenal di seluruh dunia. Jenama baharu yang menyertai pameran itu termasuk CHARMANT, Daniel Klein, GEORGESBAND, Oscar Eide, WILLIAM MORRIS dan lain-lain. Jenama-jenama berprestij yang lain termasuk 999.9, BLANC & ECLARE, CLASSICO, Etnia Barcelona, ​​HACHill, ic! berlin dll. Sebuah jenama kreatif dari Hong Kong, BIG HORN, telah bekerjasama dengan filem adi wira yang popular Justice League untuk sebuah koleksi bersilang yang terhad. Pereka jenama itu telah mencipta enam kacamata hitam yang bergaya dengan reka bentuk yang didasarkan kepada watak-watak filem. Memperkenalkan buat pertama kali zon produk yang mempamerkan teknologi dan peralatan terkini Pameran itu akan memperkenalkan zon "Penyelesaian IT & Kelengkapan Kedai" yang mempunyai hampir 10 pempamer. Pempamer Hong Kong 3DNA Eyewear telah melancarkan platform kacamata berteknologi runcit dan khusus yang unik, yang mengubah pembelian kacamata menjadi suatu pengalaman yang interaktif. Peruncit optik mampu mengendalikan imbasan wajah dan pilih kacamata yang sesuai bagi pelanggan. Pelanggan boleh membuat bingkai yang khusus dengan teknologi percetakan 3D. Potensi besar di dalam pasaran kanta sentuh Berikutan permintaan pasaran yang besar, zon "Kanta Sentuh & Aksesori" akan dipindahkan ke Aras 2 Mezanin di HKCEC. Nilai Tambah Persidangan Optometrik Hong Kong ke-16 diadakan semasa pameran itu, dengan membawa pakar-pakar dari luar negara untuk membincangkan topik berhubung Peranan Kontemporari oleh Pakar Optometris di dalam Penjagaan Utama. Penyertaan yang menang dari Pertandingan Reka Bentuk Kacamata Hong Kong tahunan itu dipamerkan. Seminar itu mempamerkan maklumat terbaharu mengenai perisikan pasaran dan trend masa hadapan. Muat turun foto produk: https://bit.ly/2P54tQu. Laman web Pameran Optik Hong Kong: www.hktdc.com/hkopticalfair.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181005005138/en/ Hubungi Pertanyaan Media Jabatan Pameran HKTDC Sum Luk Tel: (852) 2240 4048 E-mel: cs.luk@hktdc.org Sumber : Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page