top of page
Search

Compass Offices buka ruang kerja baharu di Kuala Lumpur

  • tuntastinta
  • Nov 12, 2018
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) – Compass Offices yang berpangkalan di Hong Kong membuka ruang kerja fleksibel terbaharu mereka di Menara Standard Chartered, di sini.

Terletak di tengah-tengah kawasan hiburan dan pusat membeli-belah di Bukit Bintang, lokasi itu berdekatan dengan rangkaian pengangkutan tempatan termasuk monorel, MRT dan bas serta beberapa pusat beli-belah yang menjadi mercu tanda, kafe al-fresco, bar, pasar malam dan tempat makan jenis penjaja, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Compass Offices, Hans Leijten berkata lokasi baharu ini merupakan satu lagi peristiwa penting dalam sejarah syarikat tersebut, yang merupakan pusat ke-35 di lapan negara.

“Gabungan ruang pejabat persendirian kami yang berkualiti tinggi dengan ruang kerja dikongsi yang luas bermakna bahawa perniagaan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya akan mempunyai lebih banyak pilihan apabila tiba untuk memilih sebuah kediaman baharu untuk perniagaan mereka.

“Ruang kerja kami sesuai untuk pekerja tempatan dan perusahaan luar negara yang ingin mewujudkan pangkalan di Asia Tenggara," katanya.

Pelanggan syarikat itu termasuklah syarikat permulaan yang sedang berkembang, usahawan, profesional bebas dan pasukan perusahaan.

Compass Offices yang ditubuhkan pada 2009 telah berkembang kepada 35 buah pusat dengan satu rangkaian yang melebihi 10,000 stesen kerja di sembilan bandar raya – Kuala Lumpur, Hong Kong, Melbourne, Sydney, Ho Chi Minh, Manila, Shanghai, Tokyo dan Singapura. -- BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page