FUSIONEX MENYOKONG SIDANG KEMUNCAK KEPIMPINAN PIKOM 2018 UNTUK MENINGKATKAN INDUSTRI ICT NEGARA
- tuntastinta
- Nov 14, 2018
- 2 min read
PETALING JAYA, Malaysia, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebagai rakan utama bagi Sidang Kemuncak Kepimpinan PIKOM 2018 yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM), memberikan sokongan mereka kepada Sidang Kemuncak itu yang membawa bersama eksekutif, pembuat dasar, dan profesional IT Tahap C untuk perbincangan dan percambahan pemikiran yang mendalam berhubung teknologi terkini yang akan membentuk masa hadapan perniagaan itu. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181113005674/en/ Mengulangi peranan beliau untuk tahun kedua berturut-turut, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh sekali lagi menjadi pengerusi penganjur bagi Sidang Kemuncak tahun ini. "Industri kami berubah dengan pesat dan merupakan sebuah industri yang menarik. Ia adalah sesuatu yang sentiasa berkembang dan berinovasi," kata Teh semasa satu ucapan dasar. "Untuk berjaya dan berkembang maju, kita perlu berada di hadapan. Kami berharap sesi-sesi pada acara ini memberikan pandangan yang bermakna dan membina." Acara tahun ini, yang menyaksikan pemimpin-pemimpin industri ICT berkumpul di bawah satu bumbung, telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Tuan Gobind Singh Deo. Turut hadir pada Sidang Kemuncak itu ialah Pengerusi PIKOM Ganesh Kumar Bangah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood. Kami juga teruja oleh Pengerusi Perikatan Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sedunia (WITSA) Yvonne Chiu dari Taiwan yang menyerikan acara ini dengan kehadiran beliau. Tema untuk Sidang Kemuncak tahun ini ialah "Memulakan Revolusi Digital". Ia mencerminkan satu gesaan kepada pemain-pemain industri ICT agar bersedia untuk membuat perubahan memandangkan perniagaan hari ini mungkin menjadi lapuk dalam masa terdekat disebabkan oleh kemunculan teknologi baharu. Dalam jangka pendek, Forum Ekonomi Dunia menganggarkan bahawa 5 juta pekerjaan akan hilang menjelang tahun 2020. Oxford University menyatakan bahawa dalam tempoh 25 tahun akan datang, 47% daripada pekerjaan yang ada sekarang akan menjadi lapuk. Sidang Kemuncak ini memberi inspirasi kepada perbincangan dan mencetuskan idea-idea baharu semasa sesi sumbang saran, penyelesaian dan pendekatan kepada cara yang harus dilakukan. Di samping itu, banyak topik telah dibincangkan dengan panjang lebar seperti Kecerdasan Buatan, Industri 4.0, Blockchain, Keselamatan Siber dan perkara lain yang serupa yang sedang membentuk dunia tempat kita tinggal sekarang. Di antara pembentang utama semasa acara itu adalah pengarah bagi bahagian ekonomi di Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, David Hsu, serta pemimpin dari ICP Das, Hiwin Singapura, Advantech, dan Dimension Data.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11616
Opmerkingen