top of page
Search

HOSPITAL DI COX'S BAZAR AKAN MENAWARKAN BANTUAN PERUBATAN 24 JAM KEPADA 140,000 PELARIAN ROHINGY

  • tuntastinta
  • Nov 15, 2018
  • 2 min read

COX’S BAZAR, Bangladesh, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah hospital yang mempunyai kapasiti 100 katil telah dibuka di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Ia dijangka memberi perkhidmatan kepada 140,000 orang pelarian Rohingya yang berpangkalan di kem Kutupalong. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181114005631/en/ Kemudahan perubatan 24 jam ini, yang dibina dan dikendalikan oleh Médecins Sans Frontières (MSF) – Doktor tanpa Sempadan dengan sokongan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa yang berpangkalan di Sharjah, The Big Heart Foundation (TBHF), berhasrat untuk merawat 7,200 orang pada tahun pertamanya. Sebahagian daripada usaha kemanusiaan utama TBHF untuk menghulurkan bantuan ke seluruh dunia kepada masyarakat yang terdedah, projek hospital ini disokong oleh sumbangan AED 3 juta dari Sharjah Media Corporation (SMC), melalui inisiatif pengumpulan dana awam mereka mengenai projek-projek penjagaan kesihatan, dan akan menawarkan bantuan yang sangat diperlukan kepada kumpulan Rohingya yang telah lama menderita, termasuk wanita hamil, bayi dan anak kecil. Hospital itu dilengkapi dengan unit rawatan rapi, wad kanak-kanak dan bersalin, serta jabatan pesakit luar, termasuk perkhidmatan sokongan untuk mangsa serangan seksual. Kemudahan itu juga menempatkan sebuah sistem penulenan air yang memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan itu dan dilengkapi dengan sistem amaran berteknologi tinggi untuk mengesan penyakit berjangkit dan memberi respons dan mengawal wabak. Hospital itu juga berusaha mengukuhkan infrastruktur semasa di tempat itu di dalam menangani keadaan kecemasan ekoran daripada keadaan epidemiologi atau bencana alam. Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi, utusan kemanusiaan bagi yayasan itu dan pengerusi bagi SMC telah merasmikan hospital itu pada Jumaat lalu. Beliau berkata: "Pembiayaan untuk hospital itu telah dikumpulkan melalui inisiatif pengumpulan dana awam bagi projek penjagaan kesihatan dan ia menunjukkan usaha bersepadu masyarakat UAE untuk menyebarkan mesej kemanusiaan di seluruh dunia. "Hospital itu mencerminkan ikatan kemanusiaan yang bersungguh-sungguh yang menghubungkan masyarakat UAE dengan seluruh dunia." Lebih setahun ke dalam krisis di Cox's Bazar, jumlah pelarian Rohingya telah mencapai hampir satu juta orang. Skala kemasukan ke daerah Cox’s Bazar dan kekurangan sumber telah mengakibatkan di dalam kecemasan kemanusiaan yang kritikal, melebihi kemampuan mengendalikan masyarakat dan sistem setempat. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181114005631/en/ Hubungi National Network Communications (NNC) Fadia Daouk, +971 52 617 2111 Sumber : Sharjah Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page