top of page
Search

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM DITERUSKAN DI MELAKA

  • tuntastinta
  • Nov 16, 2018
  • 1 min read

MELAKA, 15 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Pejabat Pengarah Negeri, Negeri Sembilan/Melaka (PPNNSM) meneruskan keprihatinannya dengan menyumbangkan alat bantuan mengajar berupa LCD Projector kepada lima buah sekolah terpilih dari sekitar Negeri Melaka. Majlis penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar tersebut yang bertemakan ‘Creating Awareness – Sharing Nation’s Prosperity’ telah berlangsung di Dewan Tun Teja, Menara Hasil Melaka dan disempurnakan oleh YBrs. Encik Nor Khairi bin Yusof, Pegawai Khas Agama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, iaitu wakil kepada YABhg. Puan Hajah Dalilah Binti Awaludin, Pengerusi Badan Kebajikan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Pakatan Harapan Melaka (Harwanis). Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBrs. Puan Azura binti Talib, Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat YAB. Ketua Menteri Melaka, YBrs. Puan Amnah Binti Tawil, Pengarah PPNNSM, YBrs. Puan Rozina binti Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Tuan Haji Jamsari Bin Mariman, Timbalan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua, guru-guru serta para pelajar sekolah yang terlibat. Menurut YBrs. Encik Nor Khairi bin Yusof, keprihatinan LHDNM sebagai sebuah agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan seumpama ini sewajarnya dipuji dan diteladani. Ini kerana perihal kebajikan rakyat tidak mampu digalas oleh kementerian berkenaan semata-semata, sebaliknya ia turut perlu sama dipikul oleh agensi kerajaan dan badan korporat yang turut mempunyai tanggungjawab dalam agenda pembangunan negara. Melalui pelaksanaan tanggungjawab sosial seperti ini, adalah diyakini proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dipermudahkan dan seterusnya akan menghasilkan generasi anak bangsa yang cemerlang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11622

 
 
 

Commenti


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page