KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN "SENI PENTAS JELAS MENGENAI KABUKI DAN PAMERAN SENI LUKIS G
- tuntastinta
- Dec 3, 2018
- 2 min read
TOKYO, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu pameran khas yang berjudul "Seni Pentas Jelas mengenai Kabuki" dari 26 Disember (Rabu), 2018 hingga 28 Januari (Isnin), 2019 di lobi dan tempat-tempat lain di dalam Hotel kami. Kabuki adalah satu bentuk drama tari tradisional Jepun yang klasik, dan lapan pakaian yang sangat indah dan cantik yang menyamai ciri-ciri perayaan cuti Tahun Baru Jepun, termasuk satu yang dipanggil "Agemaki" dan satu lagi yang digunakan di dalam permainan "Soga-Mono" Kabuki, akan dipaparkan semasa pameran itu untuk memberikan suatu rasa keindahan kepada tetamu mengenai seni pentas tradisional ini. Di samping itu, satu pelengkap khas muzik klasik dan persembahan tarian Jepun yang dipersembahkan secara langsung akan diadakan pada 25 Januari (Jumaat), 2019 di lobi kami pada pukul 5:00 petang, sebagai tambahan kepada "Makan Tengah Hari Khas dan Persembahan Kabuki" (Bayaran masuk dikenakan) yang diadakan di satu daripada kemudahan Hotel kami pada hari yang sama. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181129005210/en/ Rakan kerjasama bagi pameran ini, Shochiku Co., Ltd. dan Shochiku Costume Co., Ltd., akan menyediakan pelbagai kostum untuk menunjukkan peranan, watak, dan corak berwarna-warni yang mencerminkan keempat-empat musim itu yang diwakili di dalam persembahan Kabuki. Pameran ini merupakan sebahagian daripada "Program Pengalaman Budaya Jepun" oleh Keio Plaza Hotel yang direka untuk memperkenalkan pelbagai budaya Jepun kepada begitu ramai tetamu luar negara mereka, yang mencakupi 75% daripada kesemua tetamu yang menginap di Hotel kami, serta tetamu kami dari Jepun. Pelbagai persembahan secara langsung yang diadakan di kawasan lobi kami adalah sangat popular sebagaimana yang digambarkan oleh kehadiran tetap oleh sekitar 400 orang tetamu, dan persembahan ini turut dijangka menjadi popular. Keio Plaza Hotel Tokyo akan pada masa yang sama menganjurkan satu acara yang diberi nama “Pameran Seni Lukis Gunung Fuji”, di mana sejumlah 37 lukisan mengenai Gunung Fuji yang dihasilkan oleh artis terkenal Kaii Higashiyama dan artis lain akan dipaparkan. Gunung Fuji adalah satu daripada simbol yang paling terkenal mengenai keindahan semula jadi dan kerohanian Jepun, dan dianggap sebagai sebuah tempat yang bertuah oleh rakyat Jepun. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181129005210/en/ Hubungi Keio Plaza Hotel Tokyo Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010 Pengurus Perhubungan Awam keiko-kawashima@keioplaza.co.jp Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA
Comments