SENSOR IMEJ TELEDYNE MENGUASAKAN KAMERA DALAM MISI INSIGHT KE MARIKH NASA
- tuntastinta
- Dec 5, 2018
- 2 min read
Sensor warna daripada faundri semikonduktor Teledyne bertaraf dunia akan menangkap semua gambar yang dikembalikan ke Bumi dari Marikh WATERLOO, Ontario, 4 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies [NYSE: TDY] dan peneraju global dalam teknologi pengimejan digital berbangga menyertai Misi InSight ke Marikh NASA dengan menyediakan sensor imej CCD warna untuk kedua-dua Kamera Peletakan Instrumen (IDC) dan Kamera Konteks Instrumen. Teledyne berbesar hati bekerjasama dengan Jet Propulsion Labs (JPL) untuk membawakan sensor imej warna bagi menjayakan misi InSight. Kamera pada lengan Lander akan memberikan pemandangan 3D berwarna bagi tempat pendaratan, peletakan instrumen dan aktiviti untuk memberikan maklumat kepada para jurutera dan saintis tentang tempat terbaik untuk seismometer dan prob aliran haba untuk mengumpul bacaan daripada bahagian dalam planet Marikh. Ini bukan kali pertama sensor imej Teledyne dibawa ke Marikh. Baru-baru ini pada tahun 2012 dan dalam perkongsian dengan JPL sebelum itu, 12 sensor imej CCD hitam putih telah disediakan untuk Rover Marikh, “Curiosity”. Kumpulan Teledyne Imaging Space & Defense yang terdiri daripada Teledyne DALSA, Teledyne e2v dan Teledyne Imaging & Scientific,terkenal dengan penyelesaian pengesanan dan kamera mereka yang inovatif untuk penjelajahan angkasa dengan keupayaan merentas spektrum, daripada pengimejan inframerah hingga x-ray. “Kami berbesar hati untuk menyertai rakan kongsi kami, JPL dalam misi penjelajahan ini,” kata Edwin Roks, Presiden Kumpulan, Teledyne Digital Imaging. “Kami menjangka misi ini dapat memberi maklumat tentang asal-usul planet Marikh dan juga pembentukan planet Bumi.” Operasi pada permukaan InSight bermula serta-merta, tetapi pengumpulan data hanya akan bermula lebih kurang 10 minggu selepas pendaratan. Sensor imej Teledyne akan memainkan peranan penting dalam membantu saintis dan jurutera menentukan tempat untuk meletakkan instrumen khusus tersebut demi mendapatkan hasil terbaik untuk kajian bahagian dalam planet Marikh. https://mars.nasa.gov/insight/timeline/surface-operations/
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11685
Comments