GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGAMBIL TIGA SEKOLAH PERNIAGAAN SEBAGAI AHLI
- tuntastinta
- Dec 13, 2018
- 1 min read
Sekolah-sekolah Membawakan Kepakaran dan Maklumat Demi Menyokong Misi GMAC
RESTON, Va., 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan sekolah perniagaan siswazah peneraju global mengalu-alukan tiga ahli baharu. Penambahan ESCP Europe, WHU – Otto Beisheim School of Management, dan Xavier University Bhubaneswar menambah jumlah ahli GMAC menjadi 225.
Sekolah perniagaan yang terpilih dijemput untuk memohon keahlian GMAC melalui Lembaga Pengarahnya. Setiap sekolah melalui proses permohonan komprehensif yang berfokus terhadap komitmen berterusan demi menyokong misi GMAC: menyediakan alat dan maklumat yang diperlukan untuk sekolah dan pelajar berbakat menemui dan menilai satu sama lain.
“GMAC terus mengukuhkan keahlian sekolah perniagaan siswazah yang bukan sahaja berusaha untuk memenuhi keperluan pelajar, bahkan memahami landskap dan perkara yang perlu dilakukan demi menyediakan pelajar untuk kerjaya mereka,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Setiap daripada tiga sekolah ini menggunakan pendekatan unik daripada tempat mereka. Perspektif yang mereka semua bawa kepada Persatuan akan membantu meneruskan misi dan usaha kami untuk mengenal pasti peluang dan cabaran yang dihadapi oleh industri ini.”
Di samping memenuhi kriteria keahlian, setiap sekolah telah membuat ikrar khusus untuk membantu GMAC mencapai misinya.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11709
Comments