PERKHIDMATAN AWAN INSURANS SLICE KINI BOLEH DIPEROLEHI DI UNITED KINGDOM & KESATUAN EROPAH
- tuntastinta
- Dec 18, 2018
- 2 min read
NEW YORK, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Slice Labs Inc., sebuah penyedia platform awan insurans atas permintaan yang telah memenangi anugerah, hari ini mengumumkan ketersediaan Perkhidmatan Awan Insurans (ICS) di United Kingdom dan Kesatuan Eropah. Pelanggan pertama yang menggunakan ICS di United Kingdom adalah Legal & General dengan pelancaran perlindungan perkongsian rumah atas permintaan, bayaran setiap penggunaan. Produk-produk insurans yang disediakan melalui platform Slice ICS itu menawarkan kepada pelanggan dengan pengalaman digital sepenuhnya yang banyak, menarik, yang cepat dan fleksibel. Sejajar dengan hasrat syarikat itu untuk memperluaskan ketersediaan global bagi ICS berikutan Siri A Dilanjutkan sebanyak AS$20 Juta USD, syarikat-syarikat insurans di United Kingdom dan Kesatuan Eropah kini dapat melanggan ICS dan melancarkan produk-produk insurans atas permintaan yang disesuaikan dengan lokasi, bahasa, dan demografi. Cheryl Agius, Ketua Pegawai Eksekutif bagi bahagian Insurans di Legal & General, berkata "Legal & General amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Slice pada produk atas permintaan yang baharu itu, satu perniagaan yang semakin berkembang di Amerika Syarikat dan kini di pasaran United Kingdom." Orang berpengaruh dalam insurans dan teknologi Eropah Dr Robin Kiera, Ketua Pegawai Eksekutif bagi DigitalScouting menambah, "Transformasi digital telah membawa kepada pengantarabangsaan. Bukan sahaja syarikat-syarikat insurans tetapi juga syarikat permulaan insurans teknologi yang berjaya berkembang merentasi Atlantik. Di Eropah kita sedang melihat peningkatan kes-kes penggunaan bagi kerjasama dan penciptaan bersama di antara syarikat permulaan insurans dan teknologi dan penyandang kini. Kita melihat Slice sebagai pemboleh untuk memperluaskan di pasaran baharu." Sejak pelancaran platform ICS itu pada Januari 2018, empat syarikat insurans global telah bekerjasama dengan Slice untuk mencuba, menguji dan menggunakan produk insurans atas permintaan mereka sendiri, sama ada dalam pasaran perkongsian rumah mahupun insurans siber. "Setelah berjaya membuktikan nilai bagi syarikat-syarikat insurans untuk mencipta model insurans digital di Amerika Utara, kami teruja dengan apa yang ICS dapat sampaikan kepada syarikat-syarikat di United Kingdom dan Kesatuan Eropah," kata Tim Attia, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Slice Labs. "Selera pelanggan untuk model perkhidmatan atas permintaan, bayar sambil lalu melangkaui sempadan disebabkan oleh kemajuan yang berterusan bagi data besar dan teknologi AI. Kami membawa kuasa bagi teknologi ini kepada syarikat-syarikat insurans Eropah agar dapat menyampaikan nilai yang lebih mapan kepada pengambil insurans di sebarang demografi dan pasaran."
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11722
コメント