top of page
Search

​PERSIDANGAN BITCOIN AMERIKA UTARA MENONJOL SEBAGAI SALAH SATU ACARA KRIPTO PALING PENTING DI DUNIA

  • tuntastinta
  • Dec 19, 2018
  • 2 min read

MIAMI, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui CryptoCurrencyWire – 2019 akan dimulakan dengan acara yang telah diterima sebagai salah satu persidangan blockchain paling penting tahun tersebut. Persidangan Bitcoin Amerika Utara, yang ditaja oleh Keynote dan sebahagian daripada Forum Blockchain Dunia, akan berlangsung pada 16-18 Januari 2019, di James L. Knight Center, Miami, Florida. Persidangan kripto perdana yang kini dalam tahun ketujuhnya akan menarik tokoh mata wang kripto dan blockchain dari seluruh dunia untuk berkumpul di acara bersejarah ini. Persidangan Bitcoin Amerika Utara ialah persidangan kewangan paling lama dan paling banyak dihadiri dalam industri blockchain dan kripto, dengan setiap acara menarik ribuan pengunjung. Persidangan 2019 akan menampilkan barisan lebih daripada 60 pembentang bertaraf dunia, termasuk para veteran teknologi dan pengasas syarikat yang secara keseluruhan telah mengumpul lebih daripada $18.1 bilion dalam tawaran coin awal (ICO). Speaker yang telah diumumkan setakat ini termasuklah:

  • David Chaum, pencipta wang digital

  • Dr. Patrick Byrne, pengasas Overstock.com dan t0

  • Halsey Minor, pengasas CNET

  • Veronica McGregor, ketua perundangan di Shapeshift.io

  • Matthew Roszak, pengasas bersama Bloq

  • Charlie Shrem, perintis Bitcoin

  • Maja Vujinoc, CEO di OGroup

  • Craig Sellars, pengasas bersama Tether

  • Jason King, pengasas bersama Academy

  • Bruce Fenton, presiden Atlantic Financial

  • Epperly Li, pengarah pelaburan di Bitmain

  • Marco Santori, presiden Blockchain.com

  • Andrew Filipowski, pengerusi Tally Capital

  • Sang Lee, presiden & CEO Darcmatter

  • Alexa Hefti, ketua cukai blockchain di Deloitte

  • Jeffrey Tucker, pengarah editorial di American Institute for Economic Research

Di samping barisan teguh speaker dan penaja ini, persidangan tersebut akan menyertakan sesi Lightning Networking dan segmen kreatif baharu. Fokus tambahan bagi persidangan Januari tersebut adalah trek Token Keselamatan khusus, mendedahkan batasan baharu yang telah menggabungkan keselamatan dengan teknologi blockchain. Topik utama yang dibincangkan pada persidangan akan meliputi pelaburan, kesan perundangan dan peraturan, cara desentralisasi mengganggu berbilang industri serta ICO terdahulu dan sekarang yang berjaya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11735

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page