LEDDARTECH MEMILIH SISTEM PENGENDALIAN QNX BLACKBERRY UNTUK PLATFORM LIDAR AUTO DAN MOBILITI
- tuntastinta
- Dec 20, 2018
- 2 min read
QNX OS for Safety menjalankan perisian tersebut dalam teras platform pembangunan LiDAR automotif LeddarTech yang inovatif yang membolehkan rekaan penyelesaian LiDAR terbeza dibuat khusus mengikut aplikasi pemanduan berautonomi tertentu. BANDAR QUEBEC, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri yang menyediakan Platform LiDAR Auto dan Mobiliti paling versatil dan boleh skala, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memilih QNX OS for Safety sebagai sistem pengendalian untuk pustaka Pemprosesan Isyarat Digital LeddarSP. Perisian LeddarSP tersebut berfungsi selari dengan sistem pada cip LeddarCore untuk membentuk LeddarEngine, yang dibenamkan di dalam teras pelbagai rekaan sensor LiDAR yang mendayakan ADAS dan aplikasi pemanduan berautonomi. “Kami percaya bahawa tiada keselamatan tanpa perlindungan,” kata Grant Courville, Naib Presiden Pengurusan Produk dan Strategi QNX di BlackBerry. “Kami teruja untuk menyediakan asas yang boleh dipercayai dan diperlukan bagi membina sistem automotif dan misi kritikal berdaya saing dengan cara yang selamat dan menjimatkan kos kepada LeddarTech, peneraju industri dalam teknologi LiDAR.” “LeddarTech memilih BlackBerry sebagai pembekal sistem pengendalian untuk LeddarEngine kerana keupayaan QNX OS for Safety untuk menawarkan sistem pengendalian paling canggih dan selamat untuk digunakan dalam aplikasi keselamatan dan misi kritikal, seperti ADAS dan pemanduan berautonomi,” kata Antonio Polo, Naib Presiden Kejuruteraan di LeddarTech. “Pelanggan yang memilih penyelesaian LeddarEngine kami boleh memendekkan masa ke pasaran dengan menggunakan sistem pengendalian QNX OS for Safety untuk menjalankan algoritma pemprosesan isyarat LeddarTech yang dipatenkan, yang membolehkan pembekal Peringkat 1 dan pengamir sistem untuk mereka bentuk penyelesaian LiDAR terbeza yang mereka perlukan untuk memenuhi keperluan tertentu bagi pelbagai aplikasi automotif dan mobiliti.” QNX OS for Safety 2.0 telah diperakui ISO 26262 di ASIL D dan IEC 61508 SIL3 oleh TÜV Rhineland, peneraju antarabangsa dalam pembangunan keselamatan dan kualiti berterusan. Perihal LeddarTech LeddarTech ialah peneraju industri dalam pembangunan platform LiDAR Auto dan Mobiliti yang versatil dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif dan SoC yang diluluskan keselamatan fungsian dan berfungsi seiring dengan perisian pemprosesan isyarat LeddarSP. Syarikat ini bertanggungjawab menghasilkan beberapa inovasi dalam aplikasi pengesanan jauh mobiliti canggih, teknologinya yang dipatenkan meningkatkan ADAS dan keupayaan pemanduan berautonomi untuk kenderaan auto, trak, bas, kenderaan penghantaran, robotaxi, kenderaan ulang-alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com dan pada LinkedIn, Twitter, Facebook dan YouTube. LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain, termasuk BlackBerry, BlackBerry Secure dan QNX OS for Safety ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya. Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com Sumber : LeddarTech inc. --BERNAMA
Comments