top of page
Search

FUSIONEX DIIKTIRAF SEBAGAI SATU DAYA PERUBAHAN DALAM LAPORAN GARTNER 2018 UNTUK ANALISIS MODEN &

  • tuntastinta
  • Dec 20, 2018
  • 1 min read

SINGAPURA, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, penyedia teknologi data yang memenangi pelbagai anugerah, telah disenarai pendek dalam firma penyelidikan dan penasihat Global laporan Gartner 2018 mengenai "Vendor Lain akan Pertimbangkan untuk Analisis Moden dan BI". Diiktiraf sebagai sebuah syarikat antarabangsa Analisis dan Kecerdasan Perniagaan (A&BI) yang menjadi contoh dalam sebuah senarai yang termasuk syarikat gergasi dunia seperti Amazon dan Google, platform analisis penemuan data Fusionex - GIANT - terkenal kerana memberi keupayaan moden yang progresif dan khusus di dalam penstriman analisis. GIANT juga dinamakan sebagai sebuah platform masa-ke-wawasan yang pantas dan penyelesaian hujung ke hujung dengan fungsi yang mencakupi dari penyediaan data dan visualisasi kepada analisis ramalan dan preskriptif. Laporan Gartner itu menerangkan bahawa platform A&BI seperti GIANT dikenali kerana set peranti mereka yang mudah untuk digunakan, yang menyokong satu keupayaan aliran kerja analisis lengkap dan sistem layan diri, yang membatasi keperluan untuk melibatkan sebuah bahagian IT perniagaan. Fungsi Pertanyaan Pintar GIANT juga dipuji kerana membolehkan “pengguna untuk bertanya soalan dalam bahasa alamiah dan mendapat maklumat segera." Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Ivan Teh berkata, "Kami sangat teruja bahawa Fusionex telah disebut di dalam laporan Gartner. Pasukan kami komited untuk terus meningkatkan penawaran kami agar dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada pangkalan pelanggan kami yang semakin berkembang." Fusionex sedang berusaha ke arah meningkatkan keupayaan GIANT dengan memberi tumpuan kepada analisis lanjutan, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11733

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page