top of page
Search

​NOVA BUILDINGS MEMPEROLEHI ASET-ASET PENTING DALAM PERNIAGAAN BANGUNAN PRAKEJURUTERAAN ASEAN MILIK

  • tuntastinta
  • Jan 4, 2019
  • 1 min read

Pengurusan yang Berpengalaman Mengetuai Jualan dan Pembangunan Penyelesaian Bangunan Keluli Prakejuruteraan Merentasi Asia Tenggara dan Pasifik SINGAPURA, 3 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Nova Buildings telah memuktamadkan pengambilalihan aset pemfabrikatan utama BlueScope Buildings di Bandar Raya Bien Hoa di Wilayah Dong Nai, Vietnam. Kilang pemfabrikatan ini yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Raya Ho Chi Minh dijadual memulakan operasi pada tahun hadapan, dengan diketuai oleh anggota pasukan operasi utama yang sebelum ini menguruskan kemudahan di bawah BlueScope Buildings. Kilang itu akan berfungsi sebagai hab pembuatan utama bagi Nova Buildings untuk membekalkan bangunan-bangunan prakejuruteraan merentasi Asia Tenggara. Nova Buildings diasaskan oleh sekumpulan pengurusan berpengalaman yang sebelum ini dari BlueScope, dengan menyediakan keluli, produk bangunan, bangunan prakejuruteraan dan perkhidmatan pembinaan multinasional di rantau ini. “Pengurusan Nova Buildings secara kolektif telah bekerja dengan syarikat-syarikat multinasional dan pelanggan domestik yang besar di dalam reka bentuk, kejuruteraan, dan penyiapan beribu-ribu bangunan prakejuruteraan di dalam logistik dan pengedaran, pasar raya besar runcit, pertanian, makanan dan minuman, dan kemudahan penerbangan di Asia Tenggara. Kami akan terus menyediakan sokongan kepada pelanggan yang mencari untuk terus melabur dan berkembang di rantau yang pesat berkembang ini,” kata Encik Cheong Ku Wei, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Nova Buildings. Nova Buildings beribu pejabat di Singapura, dengan entiti perniagaan tempatan yang diperbadankan di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Entiti-entiti ini dengan jualan dalam pasaran dan pasukan kejuruteraan yang berpengalaman akan bekerja rapat dengan pelanggan untuk menyediakan bangunan-bangunan prakejuruteraan yang berdaya saing dan berfungsi yang disatukan dengan pelbagai produk dan sistem bangunan yang berkualiti yang diperoleh secara tempatan dengan sokongan selepas jualan domestik yang mantap.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11759

 
 
 

コメント


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page