TEKNOLOGI FNIR BAHARU MENDEDAHKAN AKTIVITI OTAK DENGAN PENGIMEJ BERKUASA UNTUK SITUASI DUNIA NYATA
- tuntastinta
- Jan 7, 2019
- 1 min read
Sistem yang menawarkan keselesaan dan mobiliti untuk mengukur subjek manusia di makmal, di rumah atau di dunia nyata GOLETA, Calif., 4 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BIOPAC Systems, Inc., pengedar global untuk fNIR Devices, mengumumkan bahawa sistem pengimejan optik inframerah dekat fungsian (fNIR) generasi terbaharunya kini tersedia. Sistem pengimejan ketumpatan tinggi baharu ini menyediakan penilaian fungsi kognitif dalam makmal atau dunia nyata untuk penyelidik fisiologi yang mahu memahami aktiviti otak tanpa menggunakan fMRI. Sensor yang ringan dan selesa dipakai di kepala memantau perubahan relatif dalam oksihemoglobin atau deoksihemoglobin sebagai proksi aktiviti otak dalam korteks prafrontal. Subjek boleh diperiksa di dalam makmal atau dalam keadaan aktif di persekitaran semula jadi mereka dengan sistem fNIR mudah alih baharu.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11764
コメント