DOUBLEVERIFY BEKERJASAMA DENGAN MOPUB UNTUK MEMERANGI PENIPUAN IKLAN MUDAH ALIH
- tuntastinta
- Jan 10, 2019
- 1 min read
Kerjasama memperluaskan perlindungan penipuan DV merentas pertukaran aplikasi mudah alih MoPub
NEW YORK, 9 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify ("DV"), penyedia bebas terkemuka perisian pengukuran pasaran dan analitis, hari ini mengumumkan kerjasama dengan MoPub, penyedia penyelesaian pengewangan terkemuka untuk pembina dan pembangun aplikasi mudah alih di serata dunia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama, DoubleVerify akan membekalkan pengesanan dan pelaporan penipuan untuk kempen aplikasi mudah alih merentas pertukaran MoPub – memperluaskan perlindungan kualiti untuk pengiklan global dan mendayakan MoPub untuk berterusan memperhalusi kualiti inventori aplikasi mudah alihnya.
“Kerjasama DV dengan MoPub mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan perlindungan kualiti yang konsisten dan komprehensif untuk pengiklan global,” ujar Matt McLaughlin, COO di DoubleVerify. “Dengan perbelanjaan iklan kian tertumpu secara mudah alih, adalah mustahak bahawa jenama mempunyai ketelusan terhadap kualiti inventori aplikasi mudah alih. Kami berbangga dengan kerjasama kami bersama MoPub, yang mengembangkan asas keupayaan pencegahan penipuan kami dan seterusnya meletakkan DV sebagai peneraju pengesahan aplikasi mudah alih.”
Sebagai sebahagian daripada penyelesaian penipuan mudah alih utama industri, DoubleVerify mengenalpasti dan menyaring jenis penipuan dalam aplikasi paling ketara, termasuk aktiviti iklan latar belakang, iklan tersembunyi, penyalahgunaan aplikasi (spoofing) dan manipulasi ukuran. Pada Mac 2017, DV menerima pentauliahan Media Rating Council (MRC) bagi teknologi kesan dan halang trafik tak sah canggih (SIVT) untuk video aplikasi mudah alih dan pengiklanan paparan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11783
コメント