MK FOOD VALLEY MENGEKSPORT MINUMAN KOREA OMIJA YANG MEMPESONAKAN TUNAS RASA PENGGUNA DI SELURUH DUNI
- tuntastinta
- Jan 11, 2019
- 1 min read
MUNGYEONG, Korea Selatan, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MK Food Valley Corp. sedang memperluaskan eksport minuman Omija mereka yang berkualiti tinggi yang diperbuat dengan beri daripada pokok Omija (Maximowiczia chinensis) yang tumbuh di sebuah kawasan yang mempunyai udara dan air yang sangat bersih. Syarikat itu telah memenangi dua Anugerah Citarasa Superior dari iTQi pada tahun 2016 dan sebuah Anugerah Inovasi pada SIAL Timur Tengah Abu Dhabi pada tahun 2018. ITQi adalah Institut Citarasa & Kualiti Antarabangsa, sebuah organisasi yang khusus untuk mengesahkan citarasa bagi produk makanan dan minuman. SIAL Timur Tengah Abu Dhabi adalah sebuah pameran perdagangan antarabangsa untuk makanan yang berlangsung sekali setahun di Abu Dhabi.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11781
Comments