EPIQ MENGUMUMKAN PERUBAHAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF
- tuntastinta
- Jan 14, 2019
- 1 min read
CEO Baru Dilantik ATLANTA dan NEW YORK, 10 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan undang-undang, hari ini mengumumkan David C. Dobson telah menyertai syarikat tersebut sebagai ketua pegawai eksekutif baharu, manakala John Davenport, Jr., ketua pegawai eksekutif Epiq semasa, akan dilantik sebagai pengerusi eksekutif lembaga pengarah. Davenport mengasaskan Epiq, yang dahulunya dikenali sebagai Document Technologies, pada tahun 1998 dan mengembangkan perniagaan daripada hanya segelintir kecil pekerja dan klien, hingga menjadi organisasi global yang bernilai berbilion dolar. “Kami telah menemui pemimpin hebat yang mencerminkan nilai teras kami dan fokus berpusatkan klien untuk mengambil alih kepimpinan Epiq,” ujar Davenport. “Selepas proses pencarian terperinci, saya teruja untuk memulakan peranan baru saya sebagai pengerusi dan berganding bahu dengan David, yang akan berterusan melaksanakan visi dan strategi kami untuk menjadi rakan khidmat undang-undang global yang terulung kepada klien di serata dunia. Saya percaya bahawa dia adalah insan yang tepat untuk memacu Epiq ke masa hadapan.” “Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk menyertai pasukan hebat seperti ini pada detik yang penting dalam sejarah syarikat kami,” ujar Dobson. “Saya tidak sabar untuk menyambung momentum yang John dan pasukannya telah bina. Kami mempunyai peluang besar untuk memperluaskan lagi kedudukan kepimpinan kami dalam memberikan perkhidmatan bernilai tinggi kepada klien kami di serata dunia.” Dobson sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Digital River, sebuah syarikat platform dan perkhidmatan eDagang global. Sebelum Digital Rover, Dobson memegang jawatan kepimpinan tinggi di IBM, Corel, Pitney Bowes dan CA Technologies. Dobson memegang ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik dan pengurusan daripada McMaster University di Ontario, Kanada.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11786
Comments