top of page
Search

MARY KAY EROPAH MEMENANGI GANGSA PADA ANUGERAH KECEMERLANGAN BRANDON HALL GROUP 2018 DALAM TEKNOLOGI

  • tuntastinta
  • Jan 14, 2019
  • 2 min read

Anugerah yang Menjadi Rebutan itu Memberi Penghormatan kepada Sistem Pendidikan Jualan Paut & Belajar™ yang baharu, berinovatif DALLAS, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Brandon Hall Group, satu daripada organisasi penyelidikan yang paling terkenal dan mantap di dalam industri peningkatan prestasi, mengiktiraf Mary Kay dengan satu anugerah Gangsa Brandon Hall Group bagi kecemerlangan di dalam kategori Kemajuan Terbaik dalam Teknologi Pengurusan Pembelajaran untuk Latihan Luaran. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190110005091/en/ Anugerah itu memberi penghormatan kepada sistem pendidikan jualan global Paut & Belajar™ yang baharu dan berinovatif bagi syarikat kecantikan itu. Sebuah panel terdiri daripada veteran, pakar-pakar industri kanan bebas bersama-sama dengan penganalisis dan eksekutif Brandon Hall Group telah menilai penyertaan itu. Pemenang-pemenang anugerah itu akan diberi penghormatan pada Persidangan Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan yang dianjurkan oleh Brandon Hall di West Palm Beach Florida pada Januari. Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay di sembilan pasaran Eropah adalah di antara yang pertama yang mengalami kurikulum pembelajaran yang mantap yang direka untuk memantapkan sokongan pendidikan bagi tenaga jualan bebas dan meningkatkan kejayaan perniagaan mereka. Platform e-pembelajaran yang berinovatif menghubungkan Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay dengan sebuah komuniti pembelajaran yang didasarkan kepada kandungan, akses dan penyetempatan. “Mary Kay memupuk sebuah budaya inovasi dan kami mendapat penghormatan untuk menerima anugerah Gangsa Brandon Hall Group 2018 bagi usaha gigih yang dihasilkan ke dalam pelancaran teknologi Paut & Belajar™ kami,” kata Beth Lopez, Naib Presiden bagi Pendidikan Jualan Global untuk Mary Kay dan Naib Presiden bagi Jualan dan Pemasaran untuk Mary Kay Inc. Wilayah Eropah. “Reaksi dan penglibatan kepada sistem pendidikan jualan baharu itu adalah sangat positif dan kami akan terus bekerjasama dengan pasaran Mary Kay kami untuk melancarkan platform berinovatif dan memenangi anugerah ini untuk membantu meneruskan misi kami dalam memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia.” Anugerah Kecemerlangan Brandon Hall Group dalam Teknologi mengiktiraf organisasi yang telah berjaya menggerakkan program, strategi, modaliti, proses, sistem dan peralatan yang telah mencapai hasil yang boleh diukur. Penyertaan bagi penghargaan itu adalah berdasarkan kepada kriteria termasuk inovasi cemerlang, pembezaan unik dan proposisi nilai. “Kami berbangga untuk memberi penghormatan kepada inovator. Ketika pengurusan modal insan terus berkembang, kreativiti bagi pemenang anugerah itu amatlah cemerlang,” kata Rachel Cooke, Ketua Pegawai Operasi bagi Brandon Hall Group dan Ketua bagi Program Anugerah. “Organisasi dari semua saiz menunjukkan bahawa kreativiti dan teknologi boleh mencipta pengalaman kerja baharu dan lebih baik.” Untuk satu senarai lengkap bagi pemenang anugerah Brandon Hall Group, klik di sini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11787

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page