top of page
Search

​LITHIUM WERKS MELANTIK T. JOSEPH FISHER III SEBAGAI PENGERUSI

  • tuntastinta
  • Jan 17, 2019
  • 1 min read

HENGELO, Belanda, 16 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat penyimpanan tenaga dan bateri Belanda, Lithium Werks B.V. (www.lithiumwerks.com) telah melantik T. Joseph (Joe) Fisher III sebagai pengerusi lembaga pengarah. Fisher, yang merupakan ketua eksekutif syarikat semenjak beliau menjadi pengasas bersama syarikat pada tahun 2017, mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri bateri. Beliau kini akan memainkan peranan sebagai pengerusi Lithium Werks, manakala Kees Koolen akan fokus pada pembangunan syarikat bateri yang berasingan. Koolen kekal sebagai pemegang saham dan pendukung Lithium Werks dan kedua syarikat terbabit akan berterusan bekerja sama untuk maju ke hadapan. “Kami komited untuk memainkan peranan utama dalam anjakan tenaga masyarakat kepada tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan angin, serta strategi kami kekal tidak berubah,” ujar Fisher. “Kami menjangkakan pertumbuhan pesat di Eropah, yang mana permintaan untuk bateri kelihatan tidak pernah mencukupi. Terdapat kesedaran yang meningkat dalam kalangan penggubal dasar, syarikat dan masyarakat umum bahawa kita akan memerlukan bateri bagi memastikan lampu tidak terpadam ketika ketiadaan angin dan matahari tidak bersinar. Sebagai syarikat bateri yang berpangkalan di Eropah, kami sentiasa bersaing bagi memastikan kedudukan kami terjamin untuk memberikan keperluan pelanggan kami yang kian bertambah ramai.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11804

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page