top of page
Search

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MEMPERKENALKAN PERANTI INGATAN KILAT TERTANAM VERSI 3.0 UFS YANG PERTAMA

  • tuntastinta
  • Jan 23, 2019
  • 1 min read

TOKYO, 23 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, telah memulakan persampelan[1] bagi peranti ingatan kilat tertanam Versi 3.0[3] Storan Kilat Universal (UFS) yang pertama di dalam industri[2]. Barisan baharu itu menggunakan ingatan kilat 3D 96-lapisan BiCS FLASH™ syarikat itu yang canggih dan boleh didapati dalam tiga kapasiti: 128GB, 256GB dan 512GB[4]. Dengan prestasi membaca/menulis berkelajuan tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, peranti baharu itu sesuai untuk aplikasi seperti peranti mudah alih, telefon pintar, tablet, dan sistem realiti terimbuh/maya. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190122006030/en/ Peranti baharu itu menggabungkan ingatan kilat 3D 96-lapisan BiCS FLASH™ dan sebuah pengawal di dalam sebuah pakej 11.5 x 13.0mm JEDEC yang standard. Pengawal itu melakukan pembetulan kesilapan, meratakan kehausan, menangani terjemahan logik-ke-fizikal dan pengurusan blok tak lancar untuk pembangunan sistem yang dipermudahkan. Ketiga-tiga peranti itu mematuhi JEDEC UFS Versi 3.0, termasuk HS-GEAR4, yang mempunyai kelajuan antara muka berteori sehingga 11.6Gbps bagi setiap lorong (x2 lorong = 23.2Gbps) dan pada masa yang sama menyokong ciri-ciri yang menyekat peningkatan di dalam penggunaan kuasa. Prestasi membaca dan menulis berurutan bagi peranti 512GB dipertingkatkan masing-masing sebanyak kira-kira 70 peratus dan 80 peratus, berbanding dengan peranti[5] generasi sebelumnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11824

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page