TOSHIBA MEMPERLUASKAN BARISAN IC PERANGKAI ETHERNET UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF DAN PERINDUSTRIAN
- tuntastinta
- Jan 24, 2019
- 2 min read
-- Tiga produk baharu menawarkan protokol antara muka termaju, pemindahan pendaman rendah dan pengoptimuman sistem -- TOKYO, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah memperluaskan barisan IC perangkai Ethernet automotif mereka dengan “siri TC9562” yang baharu: TC9562AXBG, yang menawarkan lebih banyak antara muka berbanding dengan IC perangkai Toshiba yang sedia ada, siri TC9560; TC9562BXBG yang menyokong Ethernet TSN[1] dan Ethernet AVB[2]; dan TC9562XBG, yang menawarkan konfigurasi IC yang lebih mudah berbanding dengan produk semasa. Penghantaran sampel akan bermula pada Februari, dan pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada Oktober. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190121005177/en/ Spesifikasi Ethernet AVB itu menawarkan penghantaran data yang boleh dipercayai secara tepat masa dan semakin digunakan di dalam kenderaan. Toshiba pada masa ini menawarkan siri TC9560 bagi penyelesaian Gigabit Ethernet (10/100/1000Mbp) yang mematuhi IEEE 802.1AS[3] dan IEEE 802.1Qav[4]. Semakin banyak kenderaan di jalan raya sekarang mempunyai penyambungan di dalam kenderaan, yang melengkapkan mereka dengan akses internet dan selular, dan membolehkan maklumat untuk dikongsi di antara sistem dan peranti di dalam kenderaan dan dengan sistem dan perkhidmatan luaran. Di samping itu, komunikasi pendaman yang rendah adalah penting untuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dan teknologi pemanduan autonomi. Perkembangan ini kesemuanya memerlukan sistem komunikasi automotif yang lebih kompleks yang disokong oleh standard penghantaran yang boleh dipercayai dengan penghantaran data tepat masa. Standard Ethernet TSN telah dibangunkan dengan jelas untuk memenuhi keperluan ini. Keluarga produk baharu Toshiba bertindak balas terhadap permintaan pasaran dengan sokongan untuk kedua-dua AVB semasa dan standard rangkaian TSN yang baharu. TC9562XBG menawarkan pelaksanaan lebih mudah berbanding dengan keluarga produk semasa. TC9562AXBG menyokong keupayaan antara muka yang diperluaskan dengan SGMII, ditambah antara muka RGMII, RMII dan MII[5], bagi produk-produk semasa. TC9562BXBG menyokong standard Ethernet TSN IEEE 802.1Qbv, IEEE 802.1Qbu[6] dan IEEE 802.3br[7] sebagai tambahan kepada keupayaan TC9562AXBG.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11819
Comments