top of page
Search

WILAYAH CHIBA MENGALU-ALUKAN PELAWAT KE "LADANG MEMETIK STRAWBERI"

  • tuntastinta
  • Feb 4, 2019
  • 1 min read

CHIBA, Jepun, 30 Jan., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -- Pengeluaran strawberi berkembang di Wilayah Chiba, tempat bagi lebih dari 100 ladang strawberi di mana pelawat boleh menikmati "memetik strawberi," yang cukup popular dengan pelancong. Pelbagai spesies strawberi ditanam di banyak ladang memetik strawberi, dan pengunjung boleh menikmati makan buah beri itu untuk membandingkan rasa mereka. Terutamanya, "CHI-BA+BERRY," sejenis varieti baharu strawberi yang muncul di kedai-kedai pada Januari 2017, hanya terdapat di Wilayah Chiba. Wilayah itu di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Narita ditempatkan mudah diakses dari luar negara. Wilayah Chiba, dikurniakan dengan iklim yang sederhana, menyambut musim bunga pada masa ini dengan bunga-bunga yang mengembang. Sila datang ke musim bunga Chiba untuk menikmati memakan "CHI-BA+BERRY." Foto 1: "memetik strawberi" yang menyeronokkan https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/ M102229/201901292634/_prw_PI1fl_YHNG9408.jpg Foto 2: Buah "CHI-BA+BERRY" yang besar dan lazat https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/ M102229/201901292634/_prw_PI2fl_f9bv5SZM.jpg Logo "CHI-BA+BERRY: watak maskot Chiba "CHI-BA+KUN "adalah mercu tanda https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/ M102229/201901292634/_prw_PI3fl_iLZBVCna.jpg 1. Maklumat mengenai "memetik strawberi" di Wilayah Chiba - Terdapat lebih daripada 100 ladang memetik strawberi. "CHI-BA+BERRY" ditanam oleh kira-kira 50 ladang. - Musim memetik strawberi adalah dari Januari hingga sekitar Mei. 2. Mengenai "CHI-BA+BERRY" - Buah beri itu sendiri adalah besar dan bentuknya cantik. - Ia manis dan lazat. Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page