top of page
Search

HOSHI CORPORATION MULA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK PEMBUATAN PRODUK KOSMETIK DIBUAT DI JEPUN DENGAN MENG

  • tuntastinta
  • Feb 7, 2019
  • 2 min read

TOKYO, 31 Jan (Bernama) -- Hoshi Corporation, syarikat kosmetik OEM dan ODM yang berpangkalan di Tokyo, telah memperolehi lesen dari Kastam Wilayah Okinawa untuk mengendalikan kilang kosmetik terikat yang pertama di Jepun.

Syarikat itu sangat teruja ke arah mengeksport produk kosmetik OEM dan ODM dengan pangkalan logistik mereka di Okinawa, sebagaimana didorong oleh permintaan antarabangsa yang terus meningkat bagi produk kosmetik yang dibuat di Jepun, terutamanya ke negara-negara Asia dan Oceania. Pada masa ini Hoshi telah berurusan dengan lebih 700 pelanggan luar negara.

Lesen operasi kilang kosmetik terikat itu telah membolehkan syarikat itu untuk sepenuhnya menggunakan teknologi pembuatan dan kualiti tinggi mereka bagi mengurangkan kos dan merealisasikan pengeluaran yang pantas, dan dengan itu menawarkan anda dengan pelan pembuatan yang berpatutan berikutan pengurangan tarif dan kos penyimpanan.

Laman web: http://hoshicorp.jp/bondedfactory/ Peranti yang tersedia untuk diakses: Komputer Peribadi, telefon bimbit

- Ciri-ciri bagi kilang Okinawa:

Kilang Okinawa itu terletak di Pusat Logistik Global (Okinawa GLC) yang dikendalikan oleh Okinawa Yamato Transport Co., Ltd., sebuah anak syarikat milik Yamato Holdings Co., Ltd., sebuah syarikat utama di dalam industri logistik di Jepun.

Dengan mengendalikan kilang terikat itu di kawasan GLC Okinawa yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Naha, Hoshi boleh melakukan operasi pengisian, pembungkusan, pemasangan dan menyimpan bahan di kawasan terikat itu.

- Kelebihan perniagaan dengan menggunakan sepenuhnya kilang terikat Okinawa:

PEMOTONGAN TARIF Anda TIDAK dikehendaki menanggung duti import yang dikenakan ke atas bungkusan kosmetik. PENGHANTARAN EKSPRES Kilang Okinawa itu terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Naha, yang membolehkan masa tunggu bagi import dan eksport dikurangkan. RANGKAIAN LOGISTIK GLOBAL Menggunakan rangkaian global bagi kumpulan pengangkutan Yamato, syarikat logistik terbesar di Jepun. PUKAL DIBUAT DI JEPUN YANG BOLEH DIPERCAYAI Kualiti tinggi dijamin oleh pembuatan di bawah GMP Jepun. PENGELUARAN LOT KECIL Menerima tempahan pembuatan bermula dengan lot sebanyak 500 unit MENGURANGKAN KOS PENYIMPANAN Penyimpanan produk di dalam Okinawa GLC boleh didapati dengan harga yang rendah. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11850

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page