top of page
Search

TOSHIBA MEMULAKAN PENGHANTARAN SAMPEL BAGI IC PEMACU MOTOR DC AUTOMOTIF DENGAN FUNGSI HAMBA LIN

  • tuntastinta
  • Feb 7, 2019
  • 1 min read

TOKYO, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah memulakan penghantaran sampel bagi "TB9058FNG," sebuah IC pemacu motor DC automotif dengan fungsi hamba LIN (Rangkaian Antara Sambung Tempatan) yang dapat berkomunikasi dengan IC induk 2.0 LIN untuk rangkaian dalam kenderaan. IC baharu itu sesuai untuk pelbagai aplikasi yang menggunakan LIN BUS dengan arus output 0.3A, termasuk pemacu kawalan peredam pemanasan, pengudaraan dan pendingin hawa (HVAC). Pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada Disember 2019. Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat versi lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190130005927/en/ IC baharu itu menerima data kedudukan bagi sasaran putaran motor melalui sebuah LIN BUS luaran, dan memacukan motor itu ke sasaran putaran. Tiada pembangunan perisian diperlukan, kerana IC itu mempunyai logik perkakasan bagi sebuah pemacu motor penghubung H dan fungsi komunikasi LIN dengan hasil tambah semak[1] dipertingkatkan. Ia boleh mengesan lebihan voltan, lebihan arus dan lebihan suhu dan dengan itu mencegah keadaan operasi yang tidak normal. IC baharu itu mempunyai julat suhu pengendalian antara -40 sehingga 125°C, yang diperlukan untuk aplikasi automotif, dan akan menjadi layak AEC-Q100.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11844

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page