top of page
Search

UNISYS MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN PERISIAN KESELAMATAN UNISYS STEALTH (R) 4.0, PRODUK PERTAMA DENGAN K

  • tuntastinta
  • Mar 8, 2019
  • 2 min read

SYDNEY, 7 Mac, 2019 /Medianet International-AsiaNet/-- -- Versi baharu bagi perisian yang telah memenangi anugerah menambahkan perlindungan untuk membantu pelanggan melaksanakan rangkaian Zero Trust yang secara aktif mengasingkan pengguna dan peranti hasad dalam tempoh masa beberapa minit pengenalpastiannya Unisys Corporation (https://www.unisys.com/)(NYSE:UIS) hari ini mengumumkan ketersediaan akan datang bagi versi terbaharu dari suite perisian keselamatan Unisys Stealth(R) yang telah memenangi anugerah (https://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth-products-and-services), produk pertama dalam industri itu dengan keupayaan pengasingan dinamik(TM) untuk dengan pantas mengasingkan peranti atau pengguna apabila terdapat tanda-tanda awal berlakunya kompromi. Versi baharu itu, Stealth 4.0, akan tersedia pada umumnya bermula pada 15 April, 2019. Pelancaran baharu bagi perisian Stealth(TM) 4.0 menangani ancaman yang berkaitan dengan landskap digital yang sentiasa berkembang di mana penggunaan awan, mudah alih dan Internet Benda (loT) terus meningkat. Melalui penggabungan dengan sistem insiden keselamatan dan pengurusan acara LogRhythm (SIEM), Stealth 4.0 memberikan kepada pelanggan dengan keupayaan bagi mengambil tindakan segera untuk bertindak balas terhadap kejadian keselamatan, sekali gus menghentikan serangan yang sedang berlaku. Stealth 4.0 juga adalah bersepadu sepenuhnya dengan konsol pengurusan keselamatan rangkaian Panorama Palo Alto Networks untuk mengimport trafik dari Panorama dan menggabungkannya dengan penemuan trafik secara langsung Stealth bagi membolehkan penglihatan dan visualisasi rangkaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Stealth mengurangkan serangan permukaan di dalam persekitaran dengan mewujudkan mikrosegmen dinamik yang dipacu oleh identiti yang diberi nama komuniti berkepentingan (COI). Dengan mewujudkan COI yang selamat, Stealth memisahkan sistem, pengguna dan data yang dipercayai daripada yang tidak dipercayai. Ia juga mengurangkan serangan permukaan dengan menyulitkan kesemua komunikasi di antara aset yang dilindungi oleh Stealth dan menyembunyikan aset itu dari pengguna yang tidak dibenarkan. “Apa yang membuatkan Stealth 4.0 menonjol adalah ia memberikan keupayaan kepada organisasi untuk terus mengendalikan perniagaan mereka -- walaupun ketika sedang diserang,” kata Vishal Gupta, ketua pegawai teknologi dan naib presiden kanan bagi Teknologi, Unisys. “Memiliki keupayaan untuk bukan sahaja mengenal pasti tetapi juga mengasingkan ancaman dalam masa beberapa saat membolehkan sesebuah organisasi untuk bertindak balas dengan tegas terhadap serangan tanpa gangguan. Secara alternatifnya ialah organisasi berakhir menjadi mangsa awam yang seterusnya di dalam kitaran berita itu.”

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page