KERJASAMA CROWN BIOSCIENCE DAN THE JACKSON LABORATORY MENDAYAKAN AKSES GLOBAL KE MODEL MENCIT FATZO
- tuntastinta
- Mar 9, 2019
- 1 min read
Kerjasama Berterusan Melancarkan Pengedaran Global Model dan Bekalan Utama Obesiti, Penyakit Metabolik dan NASH untuk Platform Penyakit Kardiovaskular, Obesiti dan Metabolik Bertaraf Dunia CrownBio
SAN DIEGO, 8 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan penyakit onkologi, keradangan, kardiovaskular dan metabolisme hari ini mengumumkan perjanjian eksklusif dengan The Jackson Laboratory (JAX) untuk menggunakan saluran pengedarannya yang bertaraf dunia bagi menyediakan model mencit FATZO kepada penyelidik di seluruh dunia.
Sebagai pengedar eksklusif model FATZO untuk CrownBio, JAX, organisasi penyelidikan bioperubatan bebas tanpa untung akan menggunakan kepakarannya dalam pembiakan, penghasilan dan penghantaran model mencit berkualiti tinggi untuk meningkatkan akses seluruh dunia dengan segera. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, JAX akan menyediakan bekalan model yang diutamakan demi menampung platform perkhidmatan global CrownBio dalam penanda obesiti, diabetes dan penyakit berkaitan.
Model FATZO, model proprietari CrownBio yang unik adalah model mencit poligen biak baka dalam yang relevan translasi dan ideal untuk kajian obesiti, sindrom metabolik dan diabetes, serta pembangunan ubat-ubatan. Model ini sensitif terhadap menghidap obesiti dan sindrom metabolik di bawah pengaruh diet tinggi lemak, yang telah didemonstrasikan sebagai faktor signifikan untuk manusia menghidap penyakit-penyakit ini. Model ini juga menunjukkan perkembangan penyakit yang serupa dengan manusia, yang menjadikannya calon yang sesuai sebagai model sindrom metabolik manusia.
http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=11932











Comments