KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN BUFET PENCUCI MULUT BERTEMAKAN CINDERELLA - "DUNIA BUFET PENC
- tuntastinta
- Mar 18, 2019
- 1 min read
TOKYO, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu acara istimewa bertajuk “Dunia Bufet Pencuci Mulut Kaca” yang berdasarkan kepada “Cinderella”, sebuah kisah dongeng popular yang ditulis oleh penulis Perancis Charles Perrault. Acara ini akan diadakan di Restoran All Day Dining “Jurin” yang terletak di tingkat dua Hotel kami dari 1 April (Isnin) hingga 30 Jun (Ahad), 2019. Bahan pencuci mulut yang disediakan khas termasuk mousse vanila dalam bentuk imej Cinderella, kek span yang dicorakkan seperti kereta kuda dan lain-lain untuk sejumlah 30 makanan pencuci mulut yang berbeza berdasarkan kepada watak-watak dan motif yang muncul dalam Cinderella akan dihidangkan sebagai hiasan tengah bagi bufet ini. Selain itu, Hotel kami akan menyediakan satu tapak khas di Hotel kami yang berasaskan kepada konsep “Anak Dara Terpesona Yang Telah Menjadi Seorang Puteri” untuk tetamu mengambil gambar-gambar peringatan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11950











Comments