top of page
Search

PANGGILAN PERSIDANGAN KEPUTUSAN KEWANGAN TAHUN KEWANGAN 2018 THE WE COMPANY

  • tuntastinta
  • Mar 19, 2019
  • 1 min read

NEW YORK, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WeWork Companies Inc. (“Syarikat” itu), sebagai penerbit bagi Nota Senior 7.875% mereka yang matang pada tahun 2025 (“Nota Senior” itu), akan mengadakan satu panggilan persidangan pada Isnin, 25 Mac, 2019, pada pukul 5:00 petang Waktu Timur untuk faedah peserta tertentu yang layak untuk membincangkan keputusan kewangan Syarikat itu bagi tahun kewangan 2018. Pemegang semasa dan pemilik benefisial bagi Nota Senior, pembeli prospektif Bona fide bagi Nota Senior yang merupakan pembeli institusi yang berkelayakan (seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933) atau orang bukan warga Amerika Syarikat (seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan S di bawah Akta Sekuriti 1933), penganalisis sekuriti, dan institusi kewangan yang membuat pasaran boleh mendapatkan akses kepada maklumat panggilan itu bagi panggilan persidangan dengan mendaftar di laman web selamat Syarikat itu di investors.wework.com. Maklumat tambahan mengenai panggilan itu (termasuk nombor mendail masuk) akan disediakan di laman web yang selamat itu. Pihak yang meminta akses kepada laman web selamat Syarikat itu akan dikehendaki menyediakan perwakilan dan waranti tertentu yang mengesahkan status mereka sebagai pemegang atau pemilik benefisial bagi Nota Senior, pembeli institusi yang berkelayakan bagi Nota Senior itu, atau penganalisis sekuriti atau pembuat pasaran dan bahawa maklumat yang diberikan pada laman web Syarikat yang selamat itu akan dianggap sebagai sulit. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190318005848/en/ Hubungi Pertanyaan Pelabur: Aristaia Vasilakis Investor@wework.com Pertanyaan Media: Dominic McMullan Press@wework.com Sumber : WeWork Companies Inc.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page